no comments

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) Masters Dan PhD 2016/2017

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada pelajar Malaysia yang berprestasi cemerlang, mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi serta kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.

Biasiswa BNM untuk Pascasiswazah (Master dan PhD) ini diberikan kepada pelajar yang layak dan telah menerima tawaran untuk mengikuti pengjian atau sedang mengikuti pengajian peringkat Masters atau PhD di mana-mana universiti terpilih di dalam dan di luar negara.

Tarikh Tutup: 30 April 2016 (Sabtu)

Bidang Tajaan Biasiswa Negara Malaysia (Master/PhD):

  • Ekonomi
  • Ekonometrik
  • Ekonomi Kewangan
  • Ekonomi Antarabangsa
  • Perbankan dan Kewangan
  • Kewangan Antarabangsa
  • Kewangan Kuantitatif
  • Undang-undang
  • Perbankan dan Undang-undang Kewangan
  • Undang-undang Antarabangsa
  • Pengurusan Risiko
  • Kewangan Islam

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Negara Malaysia:

  • Mendapat kelulusan Kelas Pertama (Kepujian) di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana daripada universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf
  • Umur tidak melebihi 30 tahun bagi Sarjana dan 35 tahun bagi PhD pada 1 Julai 2016
  • Lulus SPM dengan kredit dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Mendapat tawaran untuk menyambung pengajian atau sedang menuntut di peringkat Pasca Ijazah (Master dan PhD) pada tahun 2016 di universiti-universiti yang ditaja oleh pihak Bank
  • Kualiti kepimpinan yang tinggi, keupayaan bekerjasama yang tinggi, cemerlang dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan sukan
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
  • Penajaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang diluluskan oleh Bank

Cara Memohon Biasiswa BNM (Master/PhD:

  • Pemohon yang berkelayakan dikehendaki memohon secara online melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-26915963 (9am-7pm | Isnin-Jumaat) atau melalui emel di [email protected]

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga

BACA: Biasiswa Maybank 2016

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL