no comments

Biasiswa Maybank 2016 – Maybank Foundation Scholarship Award

Biasiswa Maybank 2016 – Tawaran Anugerah Maybank Scholarship (Maybank Foundation Scholarship Award) sesi tahun 2016 kini dibuka.

Sejak penubuhan anugerah itu pada tahun 1972, Maybank telah menaja lebih daripada 1,000 pelajar serta menyediakan mereka dengan peluang-peluang pekerjaan. Anugerah biasiswa menggabungkan falsafah CSR Bank untuk ‘maju dengan tanggungjawab’, membantu mereka yang cemerlang untuk menamatkan pengajian tinggi mereka dan meneruskan kerjaya dengan kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar di negara ini.

Capai aspirasi anda dengan Anugerah Biasiswa Maybank 2016.

Kategori 1 (Biasiswa – Bond):

  • Bantuan kewangan penuh dari Pra-U/Asasi, sehingga ijazah dalam dan luar negara (yuran pendaftaran, laptop, kediaman dan wang saku).
  • Persediaan karier (latihan industri, kerja kursus perniagaan, perbentangan dan latihan komunikasi efektif)
  • Bayaran semula 3-5 tahun.

Kriteria

  • Minimum 6A dalam SPM atau setara.
  • Aktif dalam ko-kurikulum
  • Tidak mendapat bantuan biasiswa yang lain.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM120,000 setahun.

Bidang Pengajian:
Perakaunan, Kewangan, Pengurusan, Pemasaran, IT, Ekonomi, Perbankan, Aktuari, Matematik, Sumber Manusia, Psikologi, Perniagaan, Undang-undang, Statistik, Pelaburan, Pengurusan Risiko, Kejuruteraan.

Kategori 2 (Penajaan – Tiada Bond):

  • Bantuan kewangan penuh dari Pra-U/Asasi, sehingga ijazah dalam dan luar negara (yuran pendaftaran, laptop, kediaman dan wang saku).
  • Persediaan karier (latihan industri, kerja kursus perniagaan, perbentangan dan latihan komunikasi efektif)
  • Tiada tempoh bayaran semula.

Kriteria

  • Minimum 6A dalam SPM atau setara.
  • Aktif dalam ko-kurikulum
  • Tidak mendapat bantuan biasiswa yang lain.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM24,000 setahun.

Bidang Pengajian:
Semua kursus

PERMOHONAN BIASISWA MAYBANK 2016

Muat turun borang permohonan di sini, dan hantarkan borang tersebut ke:

MAYBANK SCHOLARSHIP AWARD 2015
TALENT ACQUISITION
GROUP HUMAN CAPITAL
44TH FLOOR, MENARA MAYBANK
100, JALAN TUN PERAK
50050 KUALA LUMPUR

Hubungi

E-mail: scholarship@maybank.com.my
Facebook: www.facebook.com/maybank
Nombor Telefon: 03 – 2074 8974

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 Mac 2016

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL