no comments

Tips – Perbezaan Resume , Curriculum Vitae Dan Biodata

Seringkali pemohon keliru antara RESUME, CURRIULUM VITAE (CV) dan BIO DATA. Kekeliruan ini menyebabkan pemohon seringkali tersilap langkah dalam menyediakan resume yang menepati kriteria yang dikehendaki.
Jadi sebelum menghasilkan resume yang menepati kriteria. Mari kita kenali terdahulu apa maksud sebenar RESUME, CURRIULUM VITAE (CV) dan BIO DATA.
***************

4 resume


RESUME
Resume berasal dari perkataan PERANCIS bermaksud ‘RINGKASAN’. Resume adalah ringkasan kepada:
1) Latar belakang pendidikan pemohon
2) Kemahiran dan kebolehan pemohon yang berkaitan dengan kerja yang dipohon
3) Latar belakang pengalaman kerja sebelumnya

Resume kebiasaanya 1 muka surat. Maksimum adalah 2 muka surat. Resume yang melebihi 2 muka surat adalah tidak professional dan kebiasaanya majikan tidak berminat untuk membaca resume panjang lebar. Mereka hanya berminat untuk tahu maklumat pemohon yang berkaitan dengan skop kerja syarikat mereka sahaja. Jadi adalah penting untuk kita tahu kehendak majikan dalam resume supaya mereka berminat memangil kita untuk ditemuduga.

***************
CURRICULUM VITAE (CV)
CV dari perkataan LATIN yang bermaksud ‘PERJALANAN HIDUP’.
1) Ianya lebih terperinci berbanding resume.
2) Kebiasaanya 2 atau 3 muka surat atau lebih dari itu bergantung kepada maklumat yang hendak di isi oleh pemohon.
3) Ia menceritakan pengalaman professional pemohon.
4) Dengan maksud lain ia adalah huraian panjang kepada resume. Resume adalah pengenalan ringkas sahaja.

***************
BIO DATA
Biodata adalah ringkasan dari perkataan ‘BIOGRAPHICAL’. Ia lebih menfokuskan kepada maklumat peribadi pemohon. Antaranya adalah :
1) Tarikh lahir
2) Jantina
3) Bangsa
4) Agama
5) Status perkahwinan
6) Kerakyatan
7) Dan sebagainya yang berkaitan

Baca : Ramai Calon Tidak Tahu 7 Perkara ini

Diharap dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Mudah-mudahan dapat memperbaiki kualiti dan menambah baik isi kandungan resume.

Sumber : Encik Muhamad Hasif Salahuddin

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL