no comments

Langkah-langkah Untuk Berjaya Dalam Viva Voce Anda

Selalu anda mendengar akan kisah seram tentang pengalaman orang semasa pembentangan Viva Voce mereka. Namun, sebelum Viva saya sendiri, saya tidak pernah melihat malah satu pun corak pembentangan tersebut. Jadi, secara amnya tidak dapat saya bayangkan bagaimana sebenarnya situasi semasa ianya berlaku. Oleh itu, saya telah mendapatkan sedikit sebanyak nasihat daripada ramai pihak, terutamanya orang-orang disekeliling saya seperti ibu bapa saya, penyelia dan juga rakan-rakan.

Dalam pada itu, laman sesawang Youtube juga memainkan peranan yang penting dalam membantu saya mencari sebarang informasi berkenaan pembentangan Viva. Walaupun pihak universiti saya tidak merakam sebarang pembentangan Viva oleh para pelajarnya, namun terdapat banyak lagi institusi pelajaran lain yang ada melakukannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa ianya amat memberi impak yang berbeza diantara anda menghadiri dan menonton pembentangan Viva tersebut. Anda akan dapat merasakan perasaan bila mana anda berjalan memasuki bilik Viva dan anda dikehendaki untuk mempertahankan hujah dengan penjelasan yang amat kukuh dan menyakinkan di hadapan barisan akademik. Dalam pada itu, daripada segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah saya terima termasuklah melalui video-video yang telah saya tonton, saya berjaya memperoleh beberapa tips yang amat berguna dan dengan secara hati terbuka saya mahu kongsikan bersama anda disini.

1) Tahu apa yang hendak dicapai dan sentiasa bersedia
Anda boleh duduk dan berbincang dengan penyelia dan bertanya tentang siapa yang akan menjadi pemeriksa kelak. Pada masa yang sama, anda hendaklah mempunyai info tentang siapa penonton anda dan apa respon yang bakal diberikan oleh mereka. Sentiasa peka tentang berapa lama tempoh yang diberikan untuk membentangkan Viva tersebut. Ingat, jika anda mengambil masa yang terlampau lama, para penonton mungkin akan berasa bosan. Perkara ini memang akan terjadi walaupun kadangkala pembentangan anda tidaklah mengambil masa yang agak panjang.

Oleh itu, anda boleh mencuba dengan cara anda menyediakan slide PowerPoint yang menarik seterusnya anda membuat beberapa salinan daripada slide tersebut dan agihkan kepada para penonton anda. Sebagai pembentang yang berwibawa dan sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, adalah disarankan untuk anda membawa bersama salinan Tesis semasa Viva Voce. Ini adalah sebagai bahan rujukan buat anda apabila sebarang soalan dikemukakan berdasarkan bahagian-bahagian tertentu didalam Tesis anda.

2) Menjadi yang lebih Arif tentang Tesis anda
Tidak perlu saya memberi penekanan lebih akan hal ini. Adalah sebabnya anda harus mengetahui Tesis anda secara menyeluruh supaya dapat anda memyampaikan pembentangan anda dengan penuh keyakinan. Justeru itu, anda haruslah mampu menangani segala jenis soalan dengan hujahan yang tepat dan menarik berkenan aspek- aspek didalam Tesis anda.

Misalnya, soalan berkenaan apa yang membuatkan anda memilih tajuk tersebut untuk membuat Tesis, apakah persoalan kajian anda, dengan cara apakah digunakan oleh anda untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan Tesis tersebut juga apakah hasil kajian yang diperoleh. Dalam hal ini, anda dikehendaki untuk mengagak akan jenis soalan yang bakal dilontarkan oleh pemeriksa dan sentiasa bersedia dengan contoh-contoh jawapan yang bernas untuk menjawab segala persoalan mereka.

BACA:Tips Publish Banyak Paper Dalam Masa Yang Singkat

3) Keyakinan adalah kunci segalanya
Untuk menjadi pembentang yang disegani, sampaikan pembentangan anda dengan info yang jelas dan padat serta penuh keyakinan. Jangan menghafal! Ianya boleh dilihat dengan ketara oleh para hadirin apabila anda menghafal teks dan ia boleh menyebabkan anda hilang fokus semasa pembentangan tersebut. Ini kerana fokus anda hanya tertumpu pada mengingati apa yang anda hafal.

Jadi, cara yang lebih baik adalah, anda faham Tesis anda dengan menyeluruh dan terangkannya secara ringkas tetapi padat. Ia juga boleh menjadikan anda seorang yang mempunyai sikap yang positif. Dalam pada itu, saya agak terkejut apabila mengetahui ramai pelajar lulus PhD. Ini kerana kejayaan juga boleh memihak pada kita. Oleh itu, kita haruslah tahu bagaimana mahu mengurangkan kegugupan semasa melakukan pembentangan. Ianya sangat penting untuk bertenang dan mampu bercakap dengan lancar dihadapan ahli jawatankuasa. Walaupun ianya agak susah, tetapi jika anda berada di dalam keadaan yang cukup bersedia, keyakinan diri anda bagaimanapun akan meningkat.

Oleh kerana ini anda hendaklah berlatih sebanyak mana yang mungkin dan adalah lebih baik jika anda berlatih dihadapan penyelia atau rakan-rakan yang mahu membantu anda. Berbalik pada kisah saya, suami saya yang banyak membantu dimana semasa latihan Viva, dia memakai topi peguamnya dan melontarkan saya bertubi-tubi soalan sehingga membuatkan saya berasa geram. Akan tetapi, saya amat bersyukur kerana daripada latihan sebegitu yang telah membuatkan saya dilatih untuk menjawab segala soalan dengan tenang dan secara objektif.

4) Apa yang membuatkan kajian anda penting dan bermakna
Bagaimana mahu membuatkan kajian anda memenuhi cirri-ciri yang diperlukan didalam dunia akademik? Apa yang membuatkan penyelidikan anda berbeza daripada apa yang telah sedia ada? Bagaimana penyelidikan anda dapat memberi bantuan yang dapat disumbangkan pada dunia akademik seterusnya pada komuniti dalam skala besar? Apakah strategi anda dalam bidang akademik yang berkaitan dengan penyelidikan yang anda jalankan? Adakah anda merasakan ianya perlu diterbit?

Dalam hal ini, apa yang harus anda lakukan adalah dengan duduk sejenak dan berfikir secara mendalam bagi persoalan-persoalan ini. Ianya amat penting untuk menyakinkan para ahli jawatankuasa mengapa kajian anda ini sangat penting dan tidak harus dipandang ringan. Anda harus percaya akan perkara ini supaya mereka juga percaya!

BACA: Tips Untuk Menamatkan Pengajian Dengan Kepujian Kelas Pertama

5) Jika benar anda tidak tahu, katakan saja Tidak!
Sememangnya penting bagi anda untuk menjawab segala soalan yang dikeluarkan, dan yakin akan jawapan anda. Namun begitu, pastinya terdapat satu ataupun dua soalan yang anda benar-benar tidak tahu jawapannya. Ya, terdapat pelbagai lagi cara lain untuk mengakui apa yang mengelirukan anda dan untuk anda melontakan kembali soalan tanpa kelihatan seolah-olah anda tidak tahu langsung akan hal ini.

Oleh itu, jika anda berada didalam situasi ini, ianya adalah lebih baik jika anda meluahkan apa yang membuat anda tidak pasti tetapi sangat penting untuk anda mencuba terlebih dahulu dan memberikan pendapat anda sendiri.

6) Anda harus percaya!
Saya rasa ini adalah tips yang paling penting yang mahu saya tekankan kepada anda semua. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu untuk kali berapa ratus telah saya berlatih tidak kira dihadapan cermin mahupun memaksa suami saya sendiri juga meminta tolong rakan-rakan saya untuk mendengar dan menonton pembentangan Viva saya.

Tidak dapat saya nafikan bahawa perasaan bimbang dan gementar menyelubungi diri saya dipagi hari pembentangan Viva tersebut sehingga mulut saya tidak henti berzikir, memohon pada Allah untuk memudahkan urusan saya dan melancarkan segala-galanya dari awal hingga ke penghabisan pembentangan. Alhamdulillah, dengan melakukan perkara tersebut, hati saya kembali tenang dan dengan penuh rasa yakin, saya melangkah ke dalam bilik Viva.

Enam perkara yang telah saya sebutkan diatas adalah apa yang saya lakukan bagi memastikan diri saya bersiap sedia dalam apa jua keadaan dan soalan yang akan diajukan semasa Viva Voce tersebut. Oleh itu, dengan segala usaha dan tenaga yang dikerah, saya yakin telah melakukan yang sehabis baik dan selebihnya saya serahkan pada Allah untuk menentukan apa yang terbaik buat diri saya. Jujur saya akui, dengan bertawakal kepada Allah dan meletakkan pergantungan padaNya, iaitu redha, hati saya berasa tenang dan saya merasakan sendiri ketenangan tersebut membuatkan perasaan gementar saya pudar sedikit demi sedikit apabila membentangan Tesis saya dihadapan para pemeriksa.

Saya bercakap daripada hati dengan tenang dan mendengar dengan penuh minat pada setiap soalan yang diajukan. Ya, saya menerima pelbagai soalan dan komen, tetapi saya tidak teragak-agak untuk menjawab kembali dengan membalas soalan serta komen mereka dengan jayanya. Dalam pada itu, diantara komen yang diberikan termasuklah beberapa cadangan daripada mereka yang tidak dapat saya sangkal dan seharusnya saya mengambil kesemua komen tersebut dan mempertimbangkannnya untuk memperbaiki lagi penulisan Tesis saya. Mungkin ada beberapa jawapan saya yang tidak menepati apa yang mereka harapkan, tetapi saya bercakap dengan penuh rasa yakin. Dengan sebab itu, mereka juga turut berasa yakin dengan apa yang telah saya katakan. Apabila anda benar-benar percaya dengan kerja anda, anda akan mendapat ianya lebih senang untuk bercakap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.

Akhir kata, dengan apa yang telah saya lalui selama saya berlatih untuk pembentangan Viva saya, ianya telah membuatkan saya yakin bahawa kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahukan, walaupun ia kadangkala kita fikirkan luarbiasa daripada apa yang kita lakukan selama ini. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada keinginan diri kita untuk menerapkan semangat untuk bersiap sedia dalam apa sahaja yang akan kita hadapi. Tetapi, jangan lupa bahawa semuanya terjadi atas keizinan-Nya. Oleh itu, berusaha sehabis baik dan berserah pada Allah swt. Pada permulaanya anda mungkin akan cuba bercakap tetapi gagal. Anda mungkin juga tersungkur dimana-mana persimpangan tetapi dapat melepaskan segala rintangan juga akhirnya.

Secara jujurnya, perkara ini membuatkan saya berasa amat kerdil dan rendah diri apabila akhirnya, apa yang dapat membantu kita untuk berjaya adalah pertolongan dari Allah swt. Ia semua terjadi diatas keizinan dan belas kasihan Allah swt yang nampak akan usaha yang telah kita lakukan. Jadi, janganlah kita lupa akanNya, kerana semua yang terjadi kerana Allah yang mahukan ianya terjadi. Oleh itu, sentiasa minta pertolongan dariNya dan bersyukurlah diatas segala kurniaan yang telah Dia berikan. Apabila saya duduk dan bermuhasabah diri, saya kadangkala tersenyum sendiri. Kerana dengan mendekatkan diri kepadaNya, kita akan dapat merasakan satu kepuasan dan akhirnya perasaan seperti apa yang selama ini kita hajatkan telah tercapai.

Jadi, begitulah cara saya berjaya didalam Viva Voce saya, dan saya yakin anda juga mampu lakukannya!

BACA: Tips Persediaan Menghadapi Viva

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL