no comments

Konsep Yang Diterapkan Pemuda Ini Perlu Dicontohi Oleh Semua Pascasiswazah

Setiap pelajar mempunyai rahsia yang tersendiri dalam mencapai kejayaan. Begitu juga dengan Nur Hadi Ibrahim ini yang mengamalkan beberapa konsep sehingga berjaya menamatkan pengajian master di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

*****

Nama saya Nur Hadi Bin Ibrahim, berasal daripada Kuala Kangsar Perak, berumur 27 tahun, anak bongsu daripada 5 orang adik beradik, nama bapa adalah Ibrahim b. Mat Akib seorang pesara guru dan Ibu, Ngah Aminah Bt Abd Karim seorang suri rumah. Mendapat pendidikan awal di SekKebangsaan Padang Ampang dengan keputusan UPSR 3A, 1B, 1C. Melanjutkan pengajian di Madrasah Idrisiah dan mendapat keputusan SPM 2A, 1B DAN 5 C. Seterusnya mengambil STPM di Kolej Islam Sultan Alam Shah dengan CGPA 3.44.

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam pada tahun 2013 di Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan CGPA 3.34 dan meneruskan pengajian di institusi yang sama dan memperoleh Ijazah Sarjana Sosiologi Pendidikan pada tahun 2015. Sekarang bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di UKM PAKAR UNDING di UKM sehingga 31 Januari 2016, seterusnya membuat persediaan untuk menyambung pengajian keperingkat Doktor Falsafah di Fakulti Pendidikan UKM di dalam bidang Sosiologi Pendidikan.

Ijazah Sarjana Muda saya adalah Pendidikan Islam, manakala Ijazah Sarjana saya pula adalah Sosiologi Pendidikan dan sekarang membuat persediaan bagi pengajian Doktor Falsafah bagi Sosiologi Pendidikan. Saya memilih bidang Sosiologi Pendidikan adalah kerana saya ingin mendapat kepakaran berkaitan dengan salah satu cabang ilmu di dalam Sains Sosial.Pemilihan Sosiologi Pendidikan adalah tepat kerana saya ingin melihat bagaimana pengaruh dan signifikan kepentingan pendidikan mempengaruhi indeks kesejahteraan individu dan komuniti masyarakat. Walaupun ijazah pertama saya adalah Pendidikan Islam, tetapi itu bukan tempoh pemisah bagi konsep pendidikan, individu dan komuniti kerana konsep Pendidikan Islam juga saling berkait rapat dengan indeks kesejahteraan individu dan komuniti.

Baca : Kisah Magik : Imposible Jadi Posible. Apa Rahsianya?

Saya akan memulakan pengajian PhD pada 18 Februari 2016 dan dijangka akan tamat dalam masa 3 tahun daripada sekarang. Jangkaan memiliki PhD adalah pada umur 30 tahun. Pertama, kesungguhan dan tekad saya untuk memiliki PhD sebelum umur 32 tahun, kedua adalah restu daripada ibubapa serta keluarga. Ketiga adalah kemudahan pembiayaan pelajaran yang disediakan oleh pihak berwajib iaitu MyBrain dan pinjaman pelajaran oleh pihak MARA memudahkan saya untuk menyambung pelajaran. Keempat adalah peluang dan masa yang baik untuk saya menaik taraf pendidikan saya sementara menunggu untuk panggilan menjadi guru DG41.

_DSC5788

Sepanjang pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana, saya membahagikan masa di antara pengajian dan kerjaya dengan ;

1. Menyeimbangi dan memahami konsep Hablun- Minallah dan Hablun Minnanas.

Hablum minallah , maknanya ialah perjanjian dari Allah. Iaitu masuk Islam atau beriman dengan Islam sebagai jaminan keselamatan bagi mereka di dunia dan akhirat. Atau tunduk kepada pemerintahan Muslimin dengan jaminan dari pemerintah itu sebagaimana yang diatur oleh Syari’ah dalam perkara hak dan kewajiban orang kafir dzimmi (iaitu orang kafir yang menjadi warga negara Islam) untuk mendapatkan jaminan perlindungan hak-haknya sebagai manusia di dalam kehidupan dunia saja, dan mendapat ancaman adzab di akhirat. (Lihat Tafsir At-Thabari , Tafsir Al-Baghawi , dan Tafsir Ibnu Katsir tentang pengertian surat Ali Imran 112).

Hablum minan-nas , maknanya ialah perjanjian dari kaum Mukminin dalam bentuk jaminan keamanan bagi orang kafir dzimmi dengan membayar upeti bagi kaum Mukminin melalui pemerintahnya untuk hidup sebagai warga negara Islam dari kalangan minoritas non Muslim. Atau dengan bahasa lain ialah dalam berinteraksi dengan sesama manusia, maka jaminan yang boleh dipercayai hanyalah dari kaum Muslimin yang dibimbing oleh Syari’at Allah Ta’ala.

2. Menghabiskan kesemua tugasan yang diberikan pensyarah sebelum minggu ke 8 kuliah, mingguke 9 sehingga minggu 10 adalah untuk saya membaiki tugasan saya sahaja. Minggu 10 danminggu 14 adalah masa untuk saya menghantar tugasan yang telah dikemaskini kepada pensyarah.

Hadi

Sekiranya saya perlu untuk stay-up pada untuk 3 malam bagi menghabiskan 1 tugasan, saya akanstay-up dan tidak mengamalkan konsep bertangguh serta memberi sepenuh fokus dan komitmen kepada tugasan.

Baca : Cabaran Dan Dugaan Nurul Nazlia Di Manchester United

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL