no comments

Kebijaksanaan Bukanlah Segala-galanya Dalam Menentukan Kejayaan Individu

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh seorang Pensyarah iaitu Dr. Noor Munirah di blog beliau. Kami kongsikan semula perkongsian nasihat ini sebagai renungan untuk pembaca. Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

Assalamualaikum

Sebelum saya teruskan post ni, eloklah dulu kiranya saya beri definisi fast track PhD supaya anda dapat faham siapa fokus dan konteks mereka yang saya maksudkan, takut kefahaman dan istilah yang kita guna berbeza.

Fast track PhD: Mereka yang mengikuti atau menyambung pelajaran di peringkat PhD secara langsung selepas menamatkan program sarjana muda. Maksudnya mereka ini tidak perlu ambil sarjana dahulu, berbeza dengan pelajar yang pada awalnya pelajar sarjana selepas itu memohon untuk dipertimbangkan ke peringkat PhD (PhD conversion)

Pelajar fast track biasanya akan menyambung terus ke peringkat PhD selepas Degree. Syarat fast track biasanya tinggi, kalau UM tak silap saya 3.70.

BACA: Ada Apa Dengan Master? Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Beliau Ketika Membuat Master

Dan point ini yang membawa kepada tajuk kita hari ni..

Biasanya pelajar yang pandai ni ada egonya yang tersendiri, betul tak? Tepuk dada tanya diri masing-masing. Dia rasa dia pandai dan sukar menerima nasihat orang. Supervisor bagi nasihat itu ini dia susah nak ikut. Ini masalah attitude sebenarnya, bukan salah dia pandai. Kadang-kadang yang tak berapa pandai pun macam ni.

Yang kita perlu tahu ialah, PhD tidak sama dengan Degree. PhD tiada exam (mungkin ada universiti yang ada, tapi kebanyakan universiti tidak ada, kalau ada pun pemberat untuk tesis masih lagi besar). Ini bukan kisah siapa study hard, baca soalan spot, jawab exam dengan betul dan boleh berjaya, tidak semudah itu.

Ramai yang bukan first class degree tetapi excellent dalam penyelidikan masing-masing selepas habis PhD.

Kelebihan yg ada pada first class degree bagi saya ialah cognitive skills. Mungkin.

Bila buat PhD, kebijaksanaan bukanlah segala-galanya. Ia perlu digabungkan dengan ketekunan, passion, sabar dan sebagainya. Banyak soft skills lain yang diperlukan, contohnya critical thinking dan problem solving, dan satu lagi, rezeki. Walaupun kita dah cukup segalanya, kalau tiada rezeki, tak dapat juga.

Jadi apa nak buat?

Gunakan kebijaksanaan sewajarnya, jangan ada sikap ego yang negatif, kena rajin, merendah diri, respect orang, tekun dan apa saja yang baik.

BACA: Cara Motivasikan Diri Sendiri

Jaga adab sebagai pelajar dan jangan pernah berhenti berdoa. Bila berazam, beristiqamah dan bertawakkallah.

Ingat, setakat first class degree, taklah sehebat mana pun. Degree tidak sediakan banyak basics untuk buat penyelidikan. Anda tidak ada pengalaman yang luas dalam penyelidikan. Dan awak pun tidak banyak ilmu tentang satu-satu skop penyelidikan. Jadi capability untuk anda buat research masih sangat rendah dan perlu diasuh, sebab itu masih perlukan supervisor, dan selepas habis PhD baru boleh jadi independent researcher  yang diiktiraf.

Belajarlah dengan baik dan ambillah peluang untuk asah skills.

Selepas PhD, banyak lagi cabaran lain yang menunggu, jadi cuba latih diri untuk biasakan amal positive attitudes, semoga dengan itu kita boleh survive untuk jangka masa yang panjang, dalam dunia akademik yang kita minat tu.

BACA: 5 Sikap Ini Harus Dihindari Oleh Pascasiswazah

Saya jumpa satu artikel menarik yang saya dah share di Facebook..saya screen shot Facebook post saya tu untuk rujukan korang pula ya.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Dr. Noor Munirah Isa

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL