no comments

Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IDB) 2016

Biasiswa Bank Pembangunan Islam 2016/2017 – Tawaran Biasiswa dari Bank Pembangunan Islam Sesi Pengajian Tahun 2016-2017 kini dibuka. Mohonlah sekarang.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Pembangunan Islam (IDB) sedang menawarkan biasiswa di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) secara sepenuh masa di dalam bidang Sains dan Teknologi.

TAWARAN BIASISWA BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB): MERIT SCHOLARSHIP PROGRAMME (HIGH TECHNOLOGY) FOR THE ACADEMIC YEAR 2016-2017

Program biasiswa ini telah dilancarkan pada tahun 1413H (1992), yang dinamakan ‘The IDB Merit Scholarship Programme for High Technology’ (MSP).

Objektif program ini adalah untuk membangunkan sumber manusia teknikal berkelayakan di negara-negara anggota IDB dengan menyediakan biasiswa kepada mahasiswa dan penyelidik yang cemerlang untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang sains gunaan dan teknologi yang diperlukan untuk pembangunan negara-negara anggota.

Program ini direka untuk membantu pelajar penyelidikan untuk meneruskan secara sepenuh masa selama tiga tahun bagi pengajian Ph.D dalam bidang saintifik yang mampu meningkatkan pembangunan di negara-negara anggota IDB, dengan keutamaan kepada Kesihatan/Perubatan, Pertanian/Pengeluaran Makanan, Sumber Air/Desertifikasi, Tenaga /Pembangunan Infrastruktur, Nanoteknologi dan ICT untuk Pembangunan.

Program ini juga direka untuk membantu penyelidik bagi menjalankan inovatif projek penyelidikan pasca kedoktoran selama 6-12 bulan tertentu untuk menangani perkara berkaitan penyelesaian-masalah di negara-negara anggota seperti Malaria, Corona, Ebola, Pengeluaran makanan, Sumber Air/Desertifikasi, Tenaga, dan lain-lain

CARA MEMOHON

  1. Dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.isdb.org.
  2. Borang permohonan perlu dikemukakan kepada:Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2
    Bahagian Antarabangsa
    Kementerian Kewangan
    Aras 8, Blok Tengah,
    Kompleks Kementerian Kewangan
    Persiaran Perdana, Presint 2
    62692 Putrajaya

Tarikh tutup tawaran adalah pada 29 Februari 2016

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Atasha Mohd Noh di talian 03-88824149 atau email atasha.noh@treasury.gov.my.

Sumber Pemberitahuan: www.moh.gov.my

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL