no comments

Seminar Jom Hebat Pascasiswazah 11.0

seminar phd

AKAN DATANG!!

SEMINAR JOM HEBAT PASCASISWAZAH 11.0

Tarikh: 26 Mac 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: MPWS Training Center, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Yuran: RM53.00 / Seorang

Seminar yang memberi pendedahan kepada pelajar pascasiswazah mengenai dunia penyelidikan

Seminar Jom Hebat Pascasiswazah adalah siri seminar yang dianjurkan untuk pelajar pascasiswazah yang telah bermula semenjak tahun 2013 lagi. Sehingga Disember 2015, 10 siri seminar telah dijalankan, yang melibatkan kira-kira 4,000 penyertaan para penyelidik dan pascasiswazah.

Seminar ini adalah sebagai satu platform untuk para  pelajar pascasiswazah berkumpul dengan tujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai dunia penyelidikan dan penulisan tesis, penulisan jurnal, pendedahan kepada perisian-perisian yang membantu penulisan tesis dan juga pencarian artikel dengan efisyen dan sebagainya.

BACA: Bengkel Head & Neck Surgery USM 2016

Selain daripada itu, di seminar ini juga membantu pascasiswazah berjumpa dan berkenalan dengan pascasiswazah yang lain yang mana dapat membina rangkaian sesama pascasiswazah dan juga membolehkan mereka berhubung dengan penceramah yang terkenal di dalam dunia pascasiswazah.

Seminar Jom Hebat Pascasiswazah ini banyak membantu pelajar dan bakal pelajar yang berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master dan PhD di samping dapat memberikan asas-asas dunia penyelidikan dan menyentuh tentang topik-topik seperti Teknik Komunikasi dengan Supervisor, Kaedah Penulisan Tesis Berkesan, Teknik Penulisan jurnal berkesan, Mudahnya Membuat Literature Review  dan banyak lagi.

Topik Teknik Komunikasi Supervisor  di mana akan memberi pemahaman dan amalan teknik berkomunikasi yang berkesan dan efisyen dengan supervisor.

Topik Wow Mudahnya Buat Literature Dengan ATLAS.ti di mana pelajar akan didedahkan dengan ‘tools’ yang sesuai bagi menjalankan kajian anda (kualitatif atau kuantitatif) dan bagaimana menghasilkan kajian yang baik melalui perisian ATLAS.ti yang mudah dipelajari.

BACA: Wanita Ini Pernah Dituduh Memplagiat. Apa Kesudahannya?

Topik PLS-SEM: Cara Baru, Gaya Baru yang akan memperkenalkan SEM-PLS sebagai salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana hasil penyelidikan dan belajar asas statistik dan dapat melaporkan keputusan statistik dengan betul.

Topik ‘Publish and Flourish’ yang dijangka akan dapat memberi pencerahan dan pendedahan awal bagaimana menulis draf dan menghantar jurnal dan juga panduan asas penulisan jurnal yang berkesan.

Topik terakhir iaitu topik Indahnya Dunia Penulisan Tesis Dan Aplikasi Mendeley iaitu Panduan bagaimana menulis tesis dengan efisyen yang akan meningkatkan kefahaman mengenai penjimatan masa untuk pembetulan apabila tahu menulis tesis dengan kaedah yang efisyen.

Untuk info lanjut mengenai Seminar Jom Hebat Pascasiswazah ini sila layari website : www.postgraduateworkshop.com/jomhebatphd atau bit.ly/jomhebatphd

FB Fanpage : facebook.com/jomhebatphd/

BACA: Bank Pembangunan Asia (ADB) – Jepun Menawarkan Biasiswa Penuh Untuk Anda!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL