no comments

Bagaimana Untuk Pandai Kaedah Kuantitatif

Macam-macam soalan yang saya dapat sejak menjadi speaker workshop nih. Soalan demi soalan tu juga lah yang banyak membantu saya untuk membaca dan terus membaca. Kadang-kadang tidak tercapai akal saya ini juga. Ilmu yang saya ada itu sikit sahaja.

Hari ini, saya nak kongsi cara dan macam mana nak pandai kaedah kuantitatif.

  1. Matang. Kita perlu cukup matang dalam mengawal emosi dan persekitaran. Maklumlah, kita pakat kena belajar sesuatu yang baru dalam usia yang bukan lagi muda remaja. Kadar serapan ilmu itu sangat pelan. Dah tidak macam span. Lagi-lagi bilamana kita dah set minda, “buat kuantitatif kerana supervisor suruh”.
  1. Bila kita bersedia untuk belajar. Kita cuba fahamkan isi kandungan beserta contohnya dengan baik. Umpama kita ini cikgu kepada kawan-kawan lain pula lepas ini. Kata orang kedah, kena pulun sungguh-sungguh. Sebab Allah janjikan, Dia akan bagi pertolongan pada sesiapa yg pulun.
  1. Jangan paksa diri kita untuk belajar. Jika kita tidak berjaya berada dalam mood “suka” kepada “subjek” dan “cikgu” yang kita nak kena hadapi. Pergi duduk di mana-mana sebentar. Mula bertahajud dan bertapa untuk seketika bagi mood itu datang duhulu. Apa nak buat masa itu? Kena perbetulkan niat. Yang itu kadang-kadang susah kita hendak set dalam minda kelas profesional kita ini.
  1. Jangan nak faham banyak sangat, cukup untuk menjawab persoalan kajian kita. Pergi cari dulu contoh tesis dan tengok flow juga metod yg berkaitan. Bukan tidak bagi faham banyak. Bila dah faham banyak sangat, sekejap lagi mulalah kita terlebih teruja nak mencuba. Inilah kes yang menyebabkan kita tersasar dari sasaran sebenar. Memang lah lagi banyak lagi bagus. Simpan lah sikit pada bakal student kita. Bagi mereka explore yang kita tidak sempat nak cover tu. Bersederhanalah wahai adik-adik.

Onderzoekontwikkeling-300x221

  1. Buat buku list of terminologies. Maknanya, buat kamus versi sendiri. Hafal perlahan-lahan. Bila buat kerapkali, dengan sendirinya akan tersimpan dalam memori. Subjek statistik ini ada melibatkan macam-macam terms dan simbol, yang kadang-kadang nampak seperti dua benda berbeza tapi sama maksud. Contoh, dependent variables dan response variables.
  1. Jangan suka belajar sorang-sorang. Sesi memerah kepala otak (brainstorming) bersama kawan-kawan akan membuatkan kita lebih ingat. Itu juga cara saya dengan kawan-kawan masa buat PhD. Lagi elok, kawan-kawan sesupervisor. Satu mazhab yg sama.

*****

Sumber: Dr. Shamshuritawati Sharif

Dr. Shamshuritawati Sharif ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, UUM-College of Arts and Science, Universiti Utara Malaysia, Kedah, MALAYSIA sejak Jun 2000. Beliau menamatkan PhD beliau dalam mata pelajaran Matematik di Universiti Teknologi Malaysia, Johor pada bulan April 2013. Ijazah Sarjana beliau dalam Decision Science adalah dari Universiti Utara Malaysia, Kedah pada tahun 2003. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Statistik dan Diploma dalam Statistik diperolehi daripada Institut Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, pada tahun 1998 dan 2000. Program terkini beliau memberi tumpuan kepada mewujudkan ujian statistik baru untuk menguji kestabilan matriks korelasi, dan analisis rangkaian. Beliau mempunyai kepentingan penyelidikan termasuk ukuran pemusatan, statistik industri, statistik inferensi, statistik multivariat dan analisis rangkaian.

Artikel berkaitan:
PENDEKATAN KUALITATIF ATAU KUANTITATIF? MANA SATU PILIHAN ANDA
7 SYARAT UNTUK MEMENUHI KAJIAN KUANTITATIF

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL