no comments

Bagaimana Ingin Menjadi Seorang Pensyarah?

Nota Editor: Kerjaya sebagai Pensyarah adalah antara yang menjadi pilihan utama lepasan Ijazah. Ramai yang ingin menjadi pensyarah tetapi tidak tahu bagaimana untuk memohon. Di sini Puan Nurnadiah Zamri berkongsikan beberapa pilihan dan cara untuk menjadi pensyarah.
******
Dewasa kini, profession sebagai seorang pensyarah tidak asing lagi. Malah pensyarah adalah aset kedua penting selepas pelajar di sesebuah universiti. Ramai yang tidak tahu bagaimanakah cara ingin menjadi seorang pensyarah.
Adakah pensyarah juga seperti seorang guru, kena mengambil KPLI? Adakah pensyarah akan bercuti seperti guru apabila sekolah cuti?

Hakikat sebenar adalah bidang pensyarah, 100% berbeza dengan bidang guru.

download (1)

Sebelum kita mengupas bagaimanakah cara ingin menjadi seorang pensyarah, terlebih dahulu kita perlu tahu siapakah sebenarnya pensyarah.

Pensyarah adalah seorang pengajar kepada pelajar di universiti, kolej universiti, politeknik, institut latihan. Tugas pensyarah, tidak terikat dengan mengajar semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Tugas pensyarah juga adalah sebagai seorang researcher. Dimana, pensyarah perlu menerbitkan paper di dalam penerbitan prosiding mahupun journal.  Pensyarah juga perlu membimbing pelajar-pelajar msc/phd. Semakin ramai pelajar msc/phd, semakin banyak paper dibentangkan, maka seorang pensyarah itu akan mudah dinaikkan pangkat menjadi prof madya, prof dan seterusnya.



Pensyarah juga tidak terikat dengan masa. Sesetengah universiti, pensyarah tidak perlu punch in dan punch out. Sesetengah universiti pula, pensyarah perlu punch in dan punch out tetapi tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa pun boleh. Dari segi cuti pula, cuti pensyarah sama dengan cuti penjawat awam yang lain. Maksudnya, ketika student sedang cuti, pensyarah ada di universiti.

Pensyarah juga boleh apply grant untuk membuat research. Pensyarah boleh menggunakan grant ini untuk membayar elaun research assistant / graduate research assistant. Selain itu, duit geran ini juga akan digunakan untuk pergi ke seminar-seminar prosiding di dalam atau di luar negara.

Jadi bagaimanakah cara untuk menjadi seorang pensyarah. Ada banyak cabang yang membolehkan kita menjadi seorang pensyarah. Antaranya:

1) Direct apply
Dahulunya, apabila seseorang itu telah mempunyai MSc, maka beliau sudah boleh memohon jawatan sebagai pensyarah. Namun kini, hanya sesetengah institusi sahaja yang menawarkan jawatan pensyarah bermula dari msc. Antara institusi yang masih mengekalkan pemohon MSc adalah UiTM, politeknik dan institusi latihan. Namun begitu, setelah berkhidmat, pensyarah ini akan disarankan menyambung ke peringkat PhD. Bagi IPTA pula, jika ingin menjadi seorang pensyarah, maka pemohon itu perlu mempunyai PhD. Jika pensyarah hanya mempunyai MSc, maka gred beliau adalah DS45/DG45. Pensyarah yang mempunyai PhD, maka gred beliau adalah ds51.

BACA: LANGKAH-LANGKAH MENGETAHUI KELUASAN BIDANG KAJIAN ANDA

2) Skim Tenaga Pengajar Muda
UiTM ada menawarkan skim tenaga pengajar muda. Ada yang menawarkan dari peringkat ijazah lagi, ada juga yang menawarkan di peringkat MSc. Seseorang yg mengambil skim ini, akan terikat kontrak selama 7 tahun bersama UiTM. UiTM akan memberi elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian. Calon yg mengambil skim ini juga akan diminta bersedia untuk berkhidmat, walaupun sedang bercuti. Selain itu, calon akan diminta menyambung ke peringkat PhD, dan kontrak akan bertambah 7 tahun lagi menjadikannya selama 14 tahun. Calon ini juga boleh mengambil slab/slai. Setelah selesai pengajian, calon akan diminta berkhidmat di mana-mana cawangan UiTM.

3) Tutor/ Fellowship
Setiap universiti ada menawarkan jawatan ini. Untuk apply jawatan ini, calon perlulah mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00++ ke atas atau sebaiknya 3.50++ ke atas. Setelah dilantik sebagai tutor/ fellow, calon akan diberi elaun bulanan dan boleh juga apply slab/ slai. Calon ini juga diminta untuk menyambung pengajian, sama ada di dalam atau di luar negara. Ada sesetengah universiti yang meletakkan kontrak kepada fellow/ tutor. Ada juga yang tidak mempunyai kontrak. Setelah habis pengajian PhD, ada sesetengah universiti yang meletakkan syarat, publish paper di journal berimpact factor sebagai syarat utk mendapat ds51. Ada juga universiti boleh terus ke ds51.

4) Skim Politeknik
5 tahun yang lepas saya ada terdengar kawan saya telah dihantar belajar ke Aussie, dan setelah balik akan menjadi pensyarah di politeknik. Tetapi saya tidak pasti bagaimanakah caranya. Jika anda berminat, mungkin anda boleh bertanyakan sendiri perihal ini kepada pihak politeknik.Jadi pilihan di tangan anda. Diharap dapat dijadikan panduan.Wallahualam. Wassalam.

*****

Puan Nurnadiah binti Zamri merupakan seorang pendidik di Universiti Sultan Zainal Abidin dalam bidang Matematik dan beliau juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Degree-PhD dalam bidang Type-2 Fuzzy Matematik di Universiti Malaysia Terengganu.

BACA: SUDAH GRADUATE, SIAPAKAH KITA?

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL