no comments

Scammer Dalam Perniagaan Online

Nota Editor : Kisah ini telah dikongsikan oleh Encik Nassry Mardee Ismail atau di kenali sebagai Cikgu E mengenai penipuan kepada peniaga online. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepad anda dalam dunia perniagaan.

**********

Saya Cikgu E, tokay Kedai Kamera E-Poh…

Memandangkan pengiklanan saya banyak dipromosikan dalam website mudah.my, saya nak kongsikan sedikit cara penipuan scammer dari luar negara menipu penjual dalam mudah.my…

Ini adalah cara penipuan yang biasanya penjual yang mengiklankan barangan di Mudah.my tertipu dengan scammer dari luar negara…

Begini cara penipuannya;

Biasanya scammer akan mesej si penjual melalui email atau whatsapp… Mereka akan bertanya khabar dengan ayat-ayat yang penuh sopan santun lalu menunjukkan minat yang tinggi untuk membeli item yang diiklankan… Lebih mengujakan lagi mereka sanggup membayar dengan harga yang tinggi termasuk duit pos ke luar negara… Mana mungkin si penjual tidak “terachun” dengan ayat-ayat manis scammer ditambah lagi dengan tawaran yang menguntungkan si penjual (kunun-kununnyer laaaa)…

Jadi, bila si penjual menunjukkan minat yang tinggi untuk menjual, diwaktu inilah scammer akan memasukkan wang seperti yang dijanjikan ke dalam akaun si penjual… Lebih real lagi, si penjual akan dapat email dari bank yang konon-kononnya duit telah dimasukkan… Bila di “check”, duit masih tidak ada…

Dan ketika inilah scammer akan terangkan pada si penjual bahawa duit memang disekat oleh pihak bank luar negara hinggalah barang itu diposkan pada si pembeli dengan memberikan tracking number…

Biasanya, ayat-ayat manis scammer memang hebat, gaya bahasanya sangat real, malah banyak scammer menggunakan “nama muslim” untuk meyakinkan si penjual yang akhirnya tertipu dengan scammer itu, ditambah pula mereka akan mengugut si penjual dengan “report polis” jika penjual tidak menghantar barang itu…

Dah la duit tak dapat, barangan yang hendak di jual pun “hilang” begitu sahaja…

PS: Belajar tak bijak pun takpe, janji tak kena tipu… Sharing is caring…

Baca : Rahsia Kedai Online Ini Mendapat 100 000, Like Secara Organik Dalam Masa 4 Bulan

Kredit : Encik Nassry Mardee Ismail

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL