no comments

Jangan Takut, Supervisor Ada – Kisah PhD

Nota Editor: Kisah ini dikongsikan oleh Dr.Mahani Razali tentang kisah PhD beliau bersama penyelia yang beliau kagumi. Penyelia adalah orang yang paling penting dalam proses pengajian. Ikuti sedikit kisah beliau bersama penyelianya yang perlu dijadikan contoh buat anda semua.

******

[CERITA DAN KISAH PhD SAYA]

Saya ingin kongsikan sedikit perjlanan PHD saya. Saya meneruskan pengajian Phd di University of Glasgow Scotland atas biassiwa JPA dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak 8 tahun yang lalu. Alhamdulillah. Hasrat saya nak bawa famili pergi oversea dan duduk sana tercapai.

Apa yang saya nak cerita sini adalah sedikit perjalanan PhD saya. Supervisor saya bernama Prof Maggies Pollock, seorang Scotish yang berumur dalam lingkungan 50an pada waktu. Saya Cuma nak kongsi beberapa hal yang ringkas kenapa saya sangat hormat pada dia.

Pertamanya tentang Tajuk
Dia selalu ingatkankan saya, “Mahani, this is your research. Do what you want to do”. Tentang tajuk ni, pada peringkat awal dia cuma komen sikit-sikit dan perbetulkan mana yang patut tapi yang lebih penting dia cakap penulisan tajuk ni mungkin akan berubah lagi bila anda buat reserach betul-betul nanti dan kita boleh murnikan lagi nanti bila anda dah siapkan semua nanti. Memang betul pun sebab bila semua dah siap dan bila dah nak sumbit kami murnikan lagi ikut apa dapatan research tersebut pulak. Kesimpulan yang saya dapat, tak perlu lah pada semester 1 tu duduk pening-pening kepala nak tulis tajuk tu dengan sempurna asalkan kita dah ada skop yang nak dikaji dan ada tajuk secara kasarnya!.

Kedua tentang Literature Review. Dia cakap, literature akan hanya berakhir bila Phd anda berakhir. Anda akan sentiasa updatekan, teruskan bacaan! Itu pesan dia!

BACA: Tips Dalam Persediaan Menghadapi VIVA

Ketiga tentang Waktu Pembentangan Proposal. Part ni yang saya paling tidak boleh nak lupa kenangan terindah dan terbaik tentang sikap manusia bergelar pendidik yang saya pelajari. Saya bentang proposal selepas enam bulan. Waktu tu bahasa inggeris saya masih bercelaru. Tidak ok lagi. Tapi saya sangat kagum dengan kesungguhan SV saya. Dia menunjukkan keyakinan yang tinggi bahawa saya memang boleh bentang. Dia pula yang lebih yakin dari saya. Pada hari tersebut dia menjemput lebih kurang 15 orang kawan-kawan universiti dia sekitar Scotland dan ada seorang dari University of London untuk datang dan dengar pembentangan saya. Dia kata kita patut dengar idea dari banyak pihak supaya tesis kita ni ada global value dan bukan syok sendiri. Tapi dia cakap dalam bahasa orang putih lah.

Tentang TAKUT. Memang saya takut. Jadi, pada mula nak bentang, biasalah adat kita. Kita minta maaf dulu, mengaku tidak pandai sangat bahasa inggeris. Tapi salah seorang lecturer tu jawab “It’s ok mahani, as long we understand you!” Alhamdulillah, seingat saya tak ada siapa pula yang nak senyum sengih kat saya kerana broken grammar saya!

Maka saya pun bentanglah. Tapi apa yang saya nak cakap di sini lepas pembentangan tersebut, macam biasalah semua pakat puji dulu. Oklah, tajuk menarik lah, boleh dijalankan lah dan adalah lagi sikit yang saya lupa.

Tapi apa yang lebih penting yang saya ingat sangat adalah setiap komen diiringi dengan cadangan yang cukup membina dan membantu saya apa yang saya perlu buat seterusnya. Siap bagi nama buku untuk dirujuk, professor mana yang saya boleh rujuk lagi, website mana yang saya boleh rujuk dan sebagainya lagi. Pendek kata saya tak ditinggal keseorangan untuk berfikir sendiri nak buat lagu mana!

Sumber Asal: Mahani Razali

BACA: Sudah Graduate, Siapakah Kita?

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL