no comments

Tips Penulisan Jurnal Berkesan

TIPS PENULISAN JURNAL BERKESAN

Menulis jurnal ada beberapa matlamat. Antaranya adalah untuk syarat graduat bagi pelajar master dan PhD di beberapa IPT, keperluan kerjaya, syarat tahunan kerjaya, pendapatan sampingan, mencuba nasib dan sebagainya.Bagi mencapai penulisan jurnal yang bermutu, beberapa syarat perlu diambil kira. Antaranya adalah:

Data kajian perlu banyak. Kajian akan lengkap dan berguna dalam beberapa aspek.

  1. Data kajian yang fokus dan menjurus ke arah kajian.
  2. Jauhi plagiarisme. Jika dari hasil penulis yang sama dalam dua penulisan berbeza, mungkin boleh dilakukan pengubahsuaian dengan cara paraprase (ubah suai ayat tetapi maksud masih sama).
  3. Baca jurnal tertentu supaya tahu skop jurnal tersebut.
  4. Kritis dalam idea supaya ia memberi impak dan tinggi.
  5. Kerangka teori yang berkesan.
  6. Mengkaji dan membaca rujukan terkini (Sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh kajian). Contohnya, kajian dilakukan sekarang iaitu tahun 2012, jadi jurnal berkaitan yang perlu dibaca adalah dari tahun 2007-2011.
  7. Kajian padat dan tidak meleret.
  8. Mencukupi bilangan perkataan. Ini bergantung pada jurnal. Ada yang tidak terhad dan ada yang hanya mahukan 5000 hingga 8000 perkataan.
  9. EndNote perlu selari dengan format jurnal.

Baca juga tips-tips penulisan ini:

Muslihat yang Terdapat dalam Literature Review
Cara Pilih Tajuk Tesis
Cara Pantas Mengarang Tesis Master dan PhD dalam Bahasa Inggeris

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL