no comments

Sambung Master Atau Cari Kerja?

Nota Editor: Kisah ini dikongsikan oleh Puan Suhaila Jabarudin berdasarkan pandangan beliau sendiri sebelum memasuki ke alam Ijazah Sarjana. Dilema ini mungkin dialami oleh setiap pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda, sama ada ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ataupun tidak. Saya percaya, dilema ini juga mungkin dirasai oleh pelajar lepasan Ijazah Sarjana yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke peringkat PhD.

*****

Coretan ini hanya sekadar perkongsian daripada pengalaman dan mungkin berguna bagi pembaca yang masih lagi tidak tahu apa yang perlu dilakukan setelah habis belajar degree.

Banyak sebab kenapa orang sambung belajar. Itu kena tanya diri masing-masing. Ada yang sambung untuk kepuasan diri (nak tingkatkan taraf pendidikan), ada yang ingin menjadi tenaga pengajar akademik (kebanyakan kelayakan pendidikan untuk mengajar di institusi awam dan swasta memerlukan sekurang-kurangnya master). Ada juga kerana mengikut kehendak ibu-bapa, ada yang ingin mendapatkan skala gaji yang lebih tinggi, dan ada juga yang tak tahu apa hala tuju selepas habis belajar!

Bagi saya sendiri, ada pro dan kontra jika terus sambung belajar ke peringkat master selepas tamat degree. Setelah habis konvokasi dan dapat sijil degree, saya rasa sangat lega dan puas hati. Lega kerana akhirnya penat lelah selama tiga tahun ke kelas, kelas pagi sampai malam (kalau jadual padat), memerah otak buat assignment, berhabis duit untuk material pembelajaran, belum kira lagi ketika bersengkang mata nak habiskan research pada tahun akhir dan segala macam ‘kepayahan’ lagi yang nak kena tempuh semata-mata nak menggenggam degree. Penat. Belajar memang sangat penat, tak dinafikan. Tetapi semuanya berbaloi setelah kita berjaya menamatkannya. Ada banyak manisnya. Mengikut pengalaman saya sendiri, pilihan untuk terus sambung master diambil setelah dipengaruhi kawan-kawan tetapi saya tidak pernah menyesal malah rasa bersyukur. Kelebihan sambung belajar daripada apa yang saya lihat daripada pengalaman serta pemerhatian:

  1. Otak masih ‘fresh’ dan pemikiran masih tajam kerana baru saja habis degree. Jadi, senang untuk hadam input-input pembelajaran yang baru.
  2. Boleh demand gaji permulaan lebih daripada degree. Sesetengah syarikat menggunakan sistem skala gaji. Gaji permulaan bagi kelayakan degree tanpa pengalaman sekitar 2,000 ke 2,500. Kebanyakan gaji permulaan untuk peringkat master pula sekitar RM3,000 ke RM3,500. Perbezaan yang agak ketara. Pengajian master hanyalah mengambil masa 1 ke 2 tahun (bergantung pada jenis kursus dan jumlah pemindahan kredit subjek). Pengajiannya tidak lama berbanding degree dan boleh naik skala gaji. Siapa tak mahu, bukan?
  3. Tiada komitmen kerja, jadi boleh fokus sepenuhnya pada pembelajaran dan kajian yang dijalankan.
  4. Tanggungan kewangan oleh ibu-bapa. Walaupun ada guna duit sendiri, tetapi masih dapat sokongan kewangan daripada keluarga.

BACA: Tips Memohon Kerja Melalui JobStreet

Kelebihan bekerja dulu pula ialah:

  1. Membantu dalam kajian apabila hendak belajar nanti kerana sudah ada banyak pengalaman di dalam industri yang berkaitan.
  2. Lebih berdikari untuk menyara diri dan pengajian kerana sudah bekerja.
  3. Berpeluang mendapat tajaan atau biasiswa daripada sesetengah syarikat yang menyokong pekerja untuk menyambung pelajaran.
  4. Menjadi graduan master yang lebih berkualiti dan ada ‘value’ kerana selain daripada kelulusan, kita juga ada pengalaman bekerja.
  5. Lebih berkeyakinan diri kerana melalui pengalaman, kita lebih yakin dan berani dalam menyelesaikan tugasan yang diberi terutamanya dalam ‘presentation’.

Pilihan saya, saya sambung Master kerana seronok melihat rakan-rakan seperjuangan yang lain melangkah satu ke hadapan. Tambahan juga, saya ambil Master kerana ingin menjadi pensyarah dan Alhamdulillah, cita-cita saya tercapai. Itu saja yang saya dapat kongsikan. Kesimpulannya, anda kena tanya diri sendiri apakah yang anda mahukan. Setiap pilihan ada kelebihannya dan kekurangannya tersendiri. Jadi, tepuk dada tanya selera! Semoga Berjaya.

*****

kak eyla

Puan Suhaila Jabarudin berkelulusan Master of Business Major in Public Relations di Queensland Univevrsity of Technology (QUT), Brisbane, Australia. Kini beliau berkhidmat sebagai Event Lecturer di Faculty of Hospitality and Tourism Management, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).

BACA: 22 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Sambung Master

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL