no comments

Tips Persediaan Dalam Menghadapi VIVA

Nota Editor: Tips ini dikongsikan oleh Puan Nurnadiah Zamri kepada anda yang ingin tahu tentang tips menghadapi viva berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Semoga tips dari beliau ini dapat dijadikan panduan dalam menghadapi viva di masa akan datang.

*****

VIVA adalah kemuncak kepada calon MSc dan PhD.
VIVA adalah penentu segala penat lelah selama 2/4 tahun.
VIVA adalah hari di mana calon MSc/PhD mempertahankan hasil usaha mereka selama 2/4 tahun.

Bagaimanakan proses VIVA ini boleh berlaku?

Proses VIVA ini bermula apabila seseorang calon menghantar borang Notice of Thesis Submission (PG16). Borang PG16 ini ialah borang di mana proses perlantikan pemeriksa akan dijalankan. Apabila penamaan pemeriksa telah dibuat, maka calon akan diberi tempoh selama 3 bulan untuk menghantar 4 salinan tesis beserta borang PG17.

4 salinan tesis ini buat:
1 salinan: Pengerusi VIVA
1 salinan: Pemeriksa dalam
1 salinan: Pemeriksa luar
1 salinan: Untuk simpanan pejabat

Apabila 4 salinan tesis diterima oleh pejabat. Pihak pentadbiran akan menghantar tesis ini kepada semua panel VIVA (2 pemeriksa & pengerusi). Seminggu selepas itu, tarikh awal jangkaan VIVA akan dikeluarkan. Setelah lebih kurang 2 bulan, maka apabila semua panel bersetuju, pihak pentadbiran akan mengeluarkan surat jemputan kepada calon untuk menghadiri sesi VIVA tersebut. Pada ketika ini, calon akan mengetahui siapakan gerangan barisan panel VIVA beliau.

#Pengalaman kawan saya yang belajar di UK, penyelia beliau memberitahu siapakah gerangan barisan panel beliau dan menyuruhnya pergi berkenalan dahulu dengan panel VIVA tersebut.

Pengalaman VIVA ini adalah pengalaman saya ketika menghadiri sesi VIVA pengajian MSc dan PhD. Dua pengalaman berbeza, dua debaran yang berbeza, dua persediaan yang berbeza.


Tips hari VIVA:

1) Datanglah awal, sebaiknya 15 minit sebelum. Supaya sempat untuk ‘ambil feel‘ dengan kawasan sekitar bilik VIVA. Sempat untuk masukkan slide powerpoint.

2) Pakailah pakaian yang paling akan membuat anda berasa yakin.

Apabila semua panel sudah hadir. Maka sesi VIVA akan bermula. Di UMT, akan ada 4/5 orang yang akan hadir ketika sesi VIVA ini berlangsung:

  1. Pemeriksa dalam
  2. Pemeriksa luar
  3. Pengerusi VIVA
  4. Pencatat
  5. Penyelia (tidak wajib hadir, tetapi dijemput hadir)

Sebelum sesi VIVA ini bermula, maka tuan pengerusi akan menerangkan perihal perjalanan VIVA.

6 fasa:

1) Calon akan diminta keluar utk memberi ruang kepada panel berbincang (kebiasaannya mengambil masa selama 15-30 minit)

2) Calon dipanggil masuk untuk membentang hasil kerja mereka. 20-30 minit akan diberikan untuk sesi perbentangan.

Ada 2 jenis sesi perbentangan ini:

a)Calon akan membentangkan hasil kerja mereka tanpa di ganggu oleh mana-mana pemeriksa.
b)Calon membentangkan, semasa proses pembentangan ini, calon akan terus disoal oleh pemeriksa.

Setelah selesai perbentangan, sesi soal jawab akan bermula.

Sesi soal jawab ini bergantung kepada pemeriksa. Ada yang mengambil masa selama 2 jam hingga 4 jam. Ada juga yang berhenti rehat dahulu, dan bersambung selepas lunch hour. Pengalaman seorang kawan saya yang belajar di US dahulu, sesi VIVA beliau mengambil masa selama 2 hari berturut-turut. Bayangkan bagaimana perasaan beliau.

3) Setelah selesai segala proses perbentangan dan soal jawab, maka calon akan diminta keluar untuk kali kedua.

4) Setelah 15-30 minit, calon akan dipanggil dan keputusan VIVA akan diumumkan.

5) Setelah keputusan telah diketahui, maka berakhirlah sesi VIVA untuk hari tersebut dan sedikit jamuan akan dihidangkan.

6) Pulanglah calon dengan perasaan gembira dan syukur kehadrat ILAHI kerana sudah lulus dengan cemerlang.

Setelah pulang, maka proses correction akan bermula. Dan setelah itu, bolehlah menghantar tesis tersebut kepada senate. Setelah surat senate telah dikeluarkan, maka berakhirlah sesi pengajian tersebut.

Tips Menghadapi VIVA:

1) Kenali siapakah gerangan panel pemeriksa anda. Bagaimanakah beliau. Bidang kegemaran beliau.

2) Fahami ke semua ceruk/ pelusuk tesis anda.

3) Slide powerpoint ringkas dan padat. Dalam lingkungan 20-30 slide. Targetkan masa 1 slide, tidak lebih 1 minit.

4) Cuba sediakan soalan-soalan yang mungkin akan di soal oleh pemeriksa. Kebiasaanya soalan yang lebih berkisar tentang masalah dan sumbangan.

5) Ketahui juga artikel-artikel terbaru yang diterbitkan di jurnal.

6) Cuba jawab sebaik mungkin apa yang disoal oleh pemeriksa. Jikalau tidak tahu, katakan tidak tahu. Jangan reka.

7) Tenangkan minda dan enjoy ketika sesi ini berlangsung.

Remark:

Walaupun pencatat dan pengerusi sepatutnya tidak akan mengambil bahagian di dalam sesi soal jawab, tetapi anda perlu ingat. Pencatat dan pengerusi dilantik dari kalangan orang dalam bidang anda. Maka, jika sudah di namakan majlis ilmu, maka perkongsian idea, cetusan-cetusan idea dan sesi soal jawab antara mereka akan tercetus juga.

Dan akhir skali, berdoalah pada Allah, semoga dipermudahkan segala-galanya, diberikan kejayaan. InsyaAllah. Amin.

*****

Puan Nurnadiah binti Zamri merupakan seorang pendidik di Universiti Sultan Zainal Abidin dalam bidang Matematik dan beliau juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Degree-PhD dalam bidang Type-2 Fuzzy Matematik di Universiti Malaysia Terengganu.

Baca artikel yang berkaitan:
8 Nasihat Sebelum Menghadapi VIVA
8 Tips Menghadapi VIVA

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL