no comments

Mendeley : Format Rujukan Dan Format Bibliografi

Nota Editor : Nukilan ini dikongsikan oleh Dr. Wan Muhamad Salahudin kepada anda yang ingin mengetahui mengenai format rujukan dan format bibliografi. Semoga tips ini dapat membantu anda.

Suatu hari saya terlihat seorang pelajar master seangkatan saya menyiapkan draf artikel untuk dihantar ke jurnal bagi tujuan publication. Apabila saya membelek-belek draf artikel tersebut, saya melihat senarai rujukan yang digunakan sekitar 20-30 rujukan yang berupa artikel-artikel terkini. Saya mengamatinya dan mendapat beliau menulis format rujukan secara MANUAL.

Lantas saya bertanya kepada beliau, berapa lamakah masa yang diambil (dibazirkan sebenarnya) untuk menulis rujukan dan menyusunnya mengikut format APA 5th. Beliau menjelaskan, paling cepat masa diambil ialah sekitar 10 minit untuk menulis rujukan tersebut secara manual, menyusun dan memastikan ianya selaras dalam artikel.

Jika terdapat 30 rujukan, maka 30×10 minit menjadilah 300 minit bersamaan dengan 5 jam. Hanya untuk menulis rujukan semata-mata. Ia belum mengambil kira lagi penderitaan sakit kepala, sakit hati dan tekanan mental yang dihadapi apabila format tersebut lari sedikit. Paling menyedihkan apabila supervisor mahu pembetulan dibuat kepada artikel tersebut. Ini baru artikel, bagaimana pulak kalau thesis? Tidak dapat dibayangkan…

Antara perkara yang saya pastikan tidak menjadi masalah seawal menjadi pelajar master ialah memastikan “kemahiran teknikal” dikuasai terlebih dahulu. Kalau nak menjadi pintar, genius dan hebat ianya mungkin mengambil masa dan pengalaman. Tetapi kemahiran teknikal ini hanyalah perlu kepada sedikit minat dan komitmen masa untuk belajar. Antara kemahiran teknikal ialah menggunakan software (perisian) reference manager untuk format rujukan/bibliografi tesis dan kemahiran menggunakan microsoft word supaya format tesis sentiasa konsisten.

Perisian yang boleh digunakan untuk menformat rujukan / bibliografi terdapat banyak di pasaran. Antaranya yang terkenal ialah EndNote dan Mendeley. Pada awalnya saya menggunakan EndNote, ia boleh didapati percuma dari pihak Universiti tetapi versi lama, dan terhad kepada beberapa pelajar sahaja. Saya menghabiskan masa selama 2 minggu untuk belajar EndNote dari website rasmi dengan mendownload segala video yang ada. Agak kepeningan juga, kerana saya tidak menjumpai mereka yang boleh mengajar tentang perisian ini. Yang menyedihkan pula ialah kebanyakan pensyarah masih menggunakan teknik manual. Setelah berhempas pulas, akhirnya saya berjaya menguasai sedikit kaedah menggunakan EndNote. Sebenarnya masa pembelajaran boleh disingkatkan jika menghadiri kursus atau workshop sehari, cuma harganya agak mahal dan tidak dianjurkan setiap hari. Dengan menggunakan EndNote, untuk menulis rujukan menepati format hanya mengambil masa kurang dari 5 saat, ya betul! Hanya kurang dari 5 saat. Ianya automatik ditulis dan boleh diubah-ubah kepada berbagai format rujukan seperti APA 5th, APA 6th, Chicago, Numbered, dan macam-macam lagi. Bahkan jika senarai rujukan dalam satu tesis yang mengandungi 200-300 rujukan boleh diformat dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja dibandingkan menggunakan kaedah manual yang mengambil masa selama berminggu-minggu sehingga berbulan-bulan.

Oleh kerana perisian EndNote agak mahal dan perlu dibeli, saya mendapati terdapat perisian percuma yang hebat dan setanding EndNote iaitu Mendeley. Pada awalnya saya teragak-agak untuk menggunakannya, tetapi setelah mencuba dan membaca buku tulisan Dr OT iaitu Tsunami Mendeley saya mula tertarik dengan perisian ini. Apa pun, bagi saya tidak kisah perisian mana yang mahu digunakan, yang penting kaedah manual sama sekali tidak digunakan.

Akan tetapi, langit tidak selalunya cerah, terdapat juga dikalangan senior PhD dan pensyarah tua yang agak tidak selesa dengan perisian tersebut. Mereka lebih suka hidup di zaman era kegemilangan mesin taip dan menolak segala kemudahan di depan mata. Antara sebab utama golongan ini tidak mahu belajar dan menggunakan perisian ini ialah:

[Pelajar senior Phd: tidak mahu membuang masa untuk belajar perisian ini, menggunakan kaedah manual adalah lebih mudah dan selamat jika berlaku trouble shooting, tiada tekanan mental untuk menulis rujukan secara manual.

Pensyarah tua: sama seperti di atas, tambahan alasan lain ialah; bukan mereka yang akan menulis dan memformat rujukan kerana kerja tersebut dilakukan oleh pelajar-pelajar mereka. ]

Setakat ini, saya dan isteri saya telah  memberikan tunjuk ajar / sharing secara tidak rasmi kepada rakan-rakan seangkatan tentang penggunaan EndNote. Walaupun tidak semua menggunakan secara optimum, yang pasti mereka tidak menulis rujukan secara manual. Menggunakan perisian menjimatkan masa dan menghilangkan pening kepala secara signifikan.

Berbalik kepada rakan master yang saya ceritakan di atas. Beliau hanya menepuk dahinya dan kesal apabila mengetahui bahawa terdapat kaedah mudah dan menjimatkan masa. Seperti biasa ayat-ayat tipikal yang keluar dari mulut pelajar-pelajar postgraduate ialah “kalau lah aku tahu dari awal-awal lagi” dan “kenapa lah tiada orang beritahu aku tentang perkara ini sebelum ini”… Akan tetapi, masih belum terlambat bagi beliau, kerana tesis masih dalam proses penulisan. Sekurang-kurangnya penulisan tesis menjadi lebih cepat dan pantas dengan menggunakan perisian Mendeley ataupun EndNote.

Jika ingin mendapatkan panduan yang satu-satunya ditulis dalam bahasa Melayu tentang Mendeley, boleh dapatkan Tsunami Mendeley oleh Dr OT di sini.

Katakan tidak pada teknik MANUAL…

Sumber : Dr. Solah

Baca : Mandeley : Pengurusan Artikel Dan Rujukan Secara Efisyen

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL