no comments

Tips: Publish Banyak Paper Dalam Masa Yang Singkat

Nota Editor: Tips ini dikongsikan oleh Puan Nurnadiah Zamri kepada anda yang ingin tahu cara-cara publish banyak paper dalam masa yang singkat. Semoga tips dari beliau ini dapat dijadikan pantuan untuk menghasilkan paper yang bukan sahaja banyak, tetapi berkualiti.

*****

Demi Masa.

Sesungguhnya, manusia berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Surah Al-Asr)

Benar, masa itu emas. Jika tidak digunakan sebaik mungkin, masa akan berlalu pergi begitu sahaja. Walhal, kita akan sentiasa berada di dalam kerugian. Tahukah anda, ada pelajar MSc yang dapat menyiapkan MSc nya hanya dalam 1(1/2) tahun sahaja. Dan dapat publish begitu banyak paper?

Pelajar MSc yang saya maksudkan ini ialah pelajar research bukannya coursework. Bagaimanakah tip-tip untuk dapat publish banyak paper dalam masa yang singkat? Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk publish banyak paper dalam masa yang singkat.

1)      Bermula Dari Sekarang

Untuk menghasilkan paper journal/ proceeding yang banyak adalah kena bermula dari sekarang. Maksudnya, apabila mendaftarnya seseorang itu sebagai pelajar siswazah maka anda sudah boleh menghasilkan paper. Macam mana saya nak publish paper sedangkan saya tidak mulakan apa-apa, tidak ada method, tidak ada case study lagi, tidak ada result.

Jadi bagaimanakah?

Anda boleh menghasilkan paper REVIEW. Di mana anda mengaplikasikan teknik membaca sambil menulis. Untuk mencari idea method apakah yang mahu kita kaji, case study apakah yang mahu kita selidiki, and so on. Pastinya kita akan bermula dari membaca. Rugi jika kita membaca tanpa menulis. Rugi jika kita menulis tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk paper. Jadi tulislah paper review.

#paper review, memang susah untuk diterima oleh journal.

Tetapi tidakkah anda tahu? Paper review jika telah dipublish oleh journal yang berimpact tinggi akan melonjakkan h-index anda.

2)      Membaca Sambil Menulis

Bunyinya sama seperti di atas, tetapi sebenarnya berbeza. Apakah yang saya maksudkan membaca sambil menulis? Jika ketika di peringkat ijazah dahulu, prof saya iaitu Prof Dr Abu Osman Md Tap memang suka  mempraktikkan cara membaca sambil menulis. Selepas beliau mengajar sesuatu sub-topik, pastinya beliau akan menyuruh kita menulis.

Tahukah anda, daya ingatan dan kefahaman kita akan lebih kuat/ kukuh jika kita mempraktikkan teknik membaca sambil menulis. Supervisor saya Prof Dr Mohd Lazim Abdullah. Atau lebih dikenali di alam maya sebagai Lazim Abdullah, memang mempraktikkan teknik sebegini iaitu develop method, develop paper. Setelah kita develop sesuatu method, kita sudah boleh menghasilkan 1 paper.

#Prof Dr Mohd Lazim Abdullah, ialah professor di Pusat Pengajian Informatik dan Sains Gunaan (PPIMG) UMT. Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan). Bidang beliau adalah Fuzzy Mathematics, Fuzzy Decision Making, Social Statistics. Pada sesiapa yang ingin menyambung study dengan beliau, dialu-alukan.

3)      Pecah-pecahkan/ Bahagi-bahagikan/ Asing-asingkan

Sedarkah anda, jika anda mempunyai 6 objektif, anda sebenarnya sudah boleh menghasilkan 18 paper? Bagaimanakah caranya?

Sebagai contoh. Objektif 1.
Anda boleh menghasilkan 3 paper untuk objektif 1 ini.
Paper 1: Paper review berkenaan Objektif 1.
Paper 2: Paper develop objektif 1 dengan numerical example.
Paper 3: Paper application objektif 1 with case study.

Jadi tidak mustahil jika anda mempunyai 6 objektif, anda dapat hasilkan 18 paper. Hal ini belum termasuk dengan paper comparison antara objektif 1 dan 2 n so on. Paper checking feasibility/ robustness. Jika termasuk dengan paper comparison dan robustness, agak-agak berapa paper yang anda dapat hasilkan? Fikir-fikirkan…

4)      Publish 2 Paper Sekali Gus

Ramai yang merungut, harga fees untuk sesuatu conference sangat mahal. Itu belum dicampurkan dengan tambang pergi balik. Penginapan di hotel. Tahukah anda? Anda sebenarnya boleh menghantar 2 paper/ lebih sekali gus di dalam sesuatu seminar prosiding. Harga yuran bagi paper ke-2 dan ke atas, kebiasaannya lebih murah. Lagipun, anda sudah boleh berjimat dari segi kos tambang, hotel dan sebagainya. Balik sahaja dari seminar, anda sudah dapat publish 2 paper di dalam seminar prosiding.

BACA: Petua Menulis Kertas Kerja Konsep Dengan Contoh

#Tahukah anda?

Banyak faedah yang anda akan dapat jika anda rajin tulis paper dan publish paper.

1)      Masa singkat
Masa singkat yang saya maksudkan ini ialah masa singkat untuk anda menulis tesis. Sebab semua yang ingin anda masukkan ke dalam tesis, sudah ada di dalam paper. Just copy and paste.

2)      Mudah VIVA
Semakin banyak anda publish paper di journal berimpak tinggi/ seminar, semakin mudah untuk anda lulus VIVA.

3)      Mudah untuk menjadi pensyarah
Merit untuk menjadi seorang pensyarah, adalah dengan publish banyak paper.

4)      Dapat melonjakkan nama anda di alam maya
Ramai yang akan mengenali anda di alam maya. Ramai yang akan invite anda review paper untuk journal mereka. Akan ada juga yang invite anda sebagai keynote speaker disesuatu seminar. Itu belum termasuk yang invite anda untuk jadik editor.

#Tips review journal.
Jika ada yang invite untuk review paper. Pilihlah journal yang berimpact tinggi sahaja. Contohnya, journal Elsevier, springerlink, ieee. Boleh dimasukkan dalam CV.

5)      H-index melonjak
Apabila ramai yang cited paper anda, h-index anda akan melonjak. Anda akan mudah dinaikkan pangkat dari Dr ke Prof Madya ke Prof dan seterusnya.

Tidak dapat dinafikan, perjalanan untuk menggapai segulung MSc dan PhD ibarat menempuh onak dan duri, meredah lautan yang dalam, merentas gunung-ganang. Jika tidak cekal mental dan fizikal, pasti jatuh rebah, sebelum dapat menggapainya. Tidak dinafikan juga, hanya golongan MSc dan PhD sahaja yang memahami hati dan perasaan masing-masing. Ok, itu aja untuk kali ini. Semoga maju jaya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari diri saya sendiri. Wallahualam dan Wassalam.

*****

Puan Nurnadiah binti Zamri merupakan seorang pendidik di Universiti Sultan Zainal Abidin dalam bidang Matematik dan beliau juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Degree-PhD dalam bidang Type-2 Fuzzy Matematik di Universiti Malaysia Terengganu.

BACA: Tips Menulis Tesis

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL