no comments

Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto, Universiti Tokyo (Master) 2017

Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto (Masters) ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana diluar negara dalam bidang sains dan teknologi (melainkan bidang Perubatan dan Perubatan Veterinar) di Universiti Tokyo.

Ia bertujuan untuk memupuk individu yang mampu memimpin Asia dalam pada abad ke-21 dan untuk menyumbang kepada pembangunan Asia dan dunia serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun.

Tajaan biasiswa disediakan untuk tempoh maksimum 3 tahun, iaitu 1 tahun sebagai Pelajar Penyelidikan dan maksimum 2 tahun mengikuti program Sarjana.

Tarikh tutup permohonan: 6 Mac 2016

Terdapat 2 jenis Biasiswa Ajinomoto:

  • Program Pelajar Penyelidikan + Program Pelajar Sarjana (Program 3 tahun)
  • Pelajar Sarjana (Program 2 tahun)

Jumlah Tajaan Biasiswa Ajinomoto:

  • Elaun bulanan sebanyak ¥150,000 (bagi pelajar yang membuat kajian di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 1 tahun
  • Elaun bulanan sebanyak ¥180,000 (bagi pelajar peringkat Sarjana di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 2 tahun
  • Pembayaran penuh meliputi yuran peperiksaan, kemasukan dan tuisyen
  • Tiket penerbangan sehala ke Jepun (lazimnya kelas ekonomi)

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus atau akan lulus ijazah daripada Kolej / Universiti dengan keputusan akademik yang cemerlang
  • Mendapat sokongan daripada presiden universiti atau penasihat akademik atau selainnya berkelayakan untuk mendaftar di Universiti Tokyo
  • Usia tidak melebihi 35 tahun pada 1 April 2017
  • Pada dasarnya, pemohon mesti berupaya untuk mendapatkan kelulusan penerimaan sebagai seorang Pelajar Pascasiswazah Penyelidikan Antarabangsa (selepas ini dirujuk sebagai Pelajar Penyelidikan), dari Universiti Tokyo dan mendaftar sebagai Pelajar Penyelidikan sesi April 2017 atau Oktober 2017. Walau bagaimanapun, pemohon boleh mendaftar terus sebagai pelajar kursus sarjana daripada beberapa sekolah siswazah di Universiti Tokyo. Dalam kes itu, pemohon mesti berupaya untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran dari Universiti Tokyo dan didaftarkan sebagai pelajar kursus sarjana untuk April 2017 atau Oktober 2017
  • Menguasai bahasa Jepun yang mencukupi untuk melakukan penyelidikan dan kajian dalam kursus sarjana, apabila mendaftar sebagai kursus sarjana di Universiti Tokyo
  • Memohon dari Malaysia dan dapat menghadiri prosedur pemilihan apabila diperlukan
  • Sihat fizikal dan mental serta bermotivasi tinggi untuk belajar
  • Tidak menerima sebarang biasiswa daripada penaja lain

Cara Memohon Biasiswa Ajinomoto:

  • Muat turun semua borang yang diperlukan dan appendiks untuk membuat permohonan Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto 2017 di bawah:
  1. Appendiks 1
  2. Appendiks 2
  3. Borang Permohonan Biasiswa Ajinomoto 2017
  4. Panduan Permohonan Biasiswa Ajinomoto 2017
  5. Borang Dan Program Pengajian 2017
  6. Borang Cadangan 2017
  • Sertakan borang permohonan, program pembelajaran yang telah dilengkapkan dan dokumen berikut ke dalam sampul surat
  • Hantarkan semua dokumen melalui pos kepada:

AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling
58200 Kuala Lumpur
Malaysia

Calon-calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan lanjut, sila emel ke amd_scholarship@ajikl.com.my atau hubungi 03-79806958 (Ms Ann Foo / Cik Rahma).

Senarai Biasiswa Lain Yang Ditawarkan Untuk Pelajar Antarabangsa:
Bantuan Biasiswa Universiti Geneva, Switzerland
Bank Pembangunan Asia (ADB) Jepun Menawarkan Biasiswa Penuh Untuk Anda!
Biasiswa Anugerah Kerja Kursus Siswazah Antarabangsa (IPCA) Australia 2016
Tawaran Biasiswa Oleh Kerajaan New Zealand Untuk ASEAN 2016-2017
Biasiswa Oxford Pershing Square, UK 2016

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL