no comments

8 Perkara Sebelum Anda Memulakan Perniagaan

Keadaan ekonomi yang semakin menghimpit menyebabkan ramai yang telah sedar dengan mengharapkan kerja makan gaji sahaja, kualiti kehidupan sukar yang diubah. Dikatakan 9 daripada 10 pintu rezeki itu datangnta dari perniagaan. Sebelum kita mulakan perniagaan, anda perlu ambil tahu beberapa perkara. 8 perkara tersebut adalah :

Modal

uang

Modal merupakan suatu kemestian tidak kira apa jua perniagaan. Bergantung kepada jenis perniagaan, modal yang perlu dikeluarkan juga berbeza. Ada perniagaan yang boleh dimulakan tanpa modal tetapi secara hakikatnya ia tetap memerlukan modal. Terdapat pelbagai perkara yang bermain difikiran antaranya adakah kita memiliki modal perniagaan yang mencukupi? Sanggupkah kita melabur sejumlah wang yang pembiayaan bank disebabkan tiada wang. Tetapi adakah ianya berbaloi dan terjaminkah keuntungan yang akan diperolehi?

Ramai di antara mereka tidak sanggup ke dunia perniagaan disebabkan faktor modal. Ada yang mempunyai modal tetapi ada pula yang tidak sanggup untuk mengambil risiko. Ini adalah risiko yang terpaksa di ambil andai ingin memasuki ke dunia perniagaan. Hanya yang berani berhadapan dengan risiko yang akan berjaya. Seorang usahawan memerlukan kekuatan mental yang kuat supaya mereka tidak fokus kepada kegagalan yang kemungkinan bakal dihadapi tetapi mereka fikirkan bagaimana caranya untuk mengatasi kegagalan.

KEMAHIRAN

skills

Segelintir mereka terjun dalam bidang perniagaan hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan tanpa mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh menjalankan perniagaan restoran tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam bidang masakan. Mungkin mereka mempunyai modal yang besar dan sanggup untuk mengupah pekerja yang berkemahiran. Mungkin ada kecemasan atau pekerja tersebut bercuti, adakah restoran yang dijalankan juga terpaksa bercuti? Ini yang kerap terjadi kepada kebanyakan pengusaha restoran yang kadang kala buka kadang kala tutup.

LOKASI

location-162102_640

Mempunyai lokasi yang strategik merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam memulakan perniagaan. Perancangan lokasi amat penting untuk menentukan kos yang akan anda keluarkan dan juga berpotensi untuk menjana keuntungan yang lebih. Jika anda tidak mempunyai modal yang besar,  mungkin anda terpaksa memilih lokasi yang murah dari segi kos. Dan lokasi yang rendah dari segi kos tidak menjana potensi keuntungan yang tinggi. Oleh itu. anda harus memilih lokasi tumpuan ramai seperti di pusat membeli-belah atau sama waktu dengannya untuk menjana keuntungan yang lumayan.

MENGUBAH SUAI

1211HOMES renovation tips 625

Setelah memlilih lokasi yang sesuai, anda harus untuk melakukan sedikit pengubahsuaian pada premis anda. Ubahsuai ini penting untuk seiringkan tema premis anda dengan perniagaan yang anda jalankan. Perniagaan yang mempunyai konsep lebih memerlukan pengubahsuaian agar tema premis tidak lari dengan konsep perniagaan. Dengan melakukan sedikit pengubahsuaian juga dapat menarik jumlah pelangan yang banyak kerana  peranan dari segi warna, susun atur perabot. Namu ramai usahawan yang mengabaikan pengubahsuaian atas alasan untuk menjimatkan kos.

STOK

Pembelian stok yang banyak dapat mengurangkan kos untuk satu – satunya barang itu. Sebagai contoh, anda menhjalankan perniagaan pakaian, jika anda membeli pakaian dari pemborong dengan jumlah yang banyak, pastinya harag sehelai dikira pada harga yang rendah. Lebih banyak yang diborong, lebih murah kos sehelai pakaian itu.

Simpanan stol tidak mencukupi dengan jumlah stok yang dibeli? Untuk perniagaan pakaian, pakaian yang dipasarkan semestinya sentiasa up to date.  Perjalanan stok bergantung dengan kaedah pemasaran. Andai pemasaran tidak berkesan, stok tidak laku maka berlakunya kerugian.

LATIHAN

latihan

Sebagai seorang usahawan baru, banyak yang perlu kita tahu mengenai perniagaan. Era globalisasi dan kemajuan teknologi pula mempercepatkan trend perniagaan. Anda anda tiada ilmu perniagaan, anda lebih mudah ketinggalan.

Di mana nak dapatkan ilmu ini? Melalui latihan. Banyak latihan yang disediakan khusus untuk perniagaan seperti latihan keusahawanan, kursus perniagaan online, kursus pemasaran dan pelbagai lagi. Kebiasaannya, kursus-kursus seperti ini adalah kursus berbayar. Jadi, ia bergantung dengan modal yang mampu anda keluarkan.

Ilmu seperti ini merupakan aset perniagaan anda. Aset bermaksud sesuatu yang boleh menjanakan hasil untuk pemiliknya. Tanpa ilmu yang cukup, anda mungkin akan berhadapan dengan kegagalan dalam perniagaan. Sudah tentu bukan itu yang anda mahukan, bukan?

PEMASARAN

marketing-1

Antara elemen yang amat penting dalam sesuatu perniagaan adalah pemasaran. Pemasaran adalah penyumbang aliran wang masuk kepada syarikat.

Tetapi, ramai usahawan gagal dalam perniagaan disebabkan tidak menguasai ilmu pemasaran yang betul. Jika kita lihat, syarikat-syarikat besar sanggup berhabis berjuta ringgit hanya untuk pemasaran. Contohnya, iklan di televisyen merupakan salah satu kaedah pemasaran. Kosnya mencecah jutaan ringgit. Teknik pemasaran pula diterapkan di dalam iklan itu sendiri membuatkan orang tertarik untuk membeli.

Sememangnya ia memerlukan kos yang tinggi tetapi kreativiti juga penting dalam pemasaran. Pemasaran itu merupakan suatu seni dan andai anda kuasainya sebaik mungkin, ia boleh menjimatkan kos dan meningkatkan jualan.

PERSAINGAN

persaingan-bisnis

Kebanyakkan usahawan yang baru bermula dalam dunia perniagaan tidak sukakan persaingan. Mereka sangkakan persaingan ini menjatuhkan perniagaan mereka. Tetapi, usahawan yang berjaya akan melihat persaingan ini sebagai satu cara untuk yang baik kepada perniagaan mereka.

Persaingan ini sebenarnya menguji perniagaan kita untuk menjadi lebih baik. Tawaran perkhidmatan dan produk yang terbaik akan menguasai persaingan. Tetapi, era globalisasi kini mengubah pola pasaran zaman sekarang. Perniagaan yang kecil terpaksa bersaingan dengan syarikat besar. Disebabkan ini, banyak perniagaan kecil dan syarikat yang baru terpaksa bungkus kerana tekanan persaingan yang tinggi.

KESIMPULAN

8 perkara ini merupakan perkara-perkara asas yang perlu anda tahu sebelum memulakan perniagaan. Bukan senang untuk memulakan perniagaan. Lebih sukar lagi ketika menjalankannya. Tidak semuanya berjaya dalam perniagaan. Hanya yang tidak berputus asa dan sentiasa berusaha secara istiqamah sahaja yang akan berjaya dengan apa yang dikerjakan.

Sumber : Encik Syazwan

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL