1 comments

Habis Belajar “Expected” Gaji RM3,500? Ramai Siswazah Sekarang Kuat Perasan

Nota Editor: Semua orang memiliki impian dan cita-cita sendiri, ingin memiliki kerja yang bagus dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Sejak kecil lagi kita telah diasuh untuk memilih apa pekerjaan yang diingini sehingga berjaya memasuki universiti dan mengimpikan gaji yang besar supaya dapat membalas jasa ibu bapa kita.

Tetapi hakikatnya ramai yang tidak dapat mengejar impian untuk memperoleh gaji sedemikian selepas tamat ijazah kerana dihimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan tidak lupa juga hutang pengajian. Satu perkongsian oleh Lily Sabrina Md SaberiPengarah Urusan TMSB Training & Consultancy Sdn. Bhd. yang juga merupakan seorang Business Consultant yang sering menjadi penemuduga di banyak syarikat di mana beliau telah berkongsikan satu artikel tentang masalah sesetangah mahasiswa kini yang terlalu ‘perasan’.

Berikut apa yang ditulis oleh beliau.

Saya sering ke kedai printing / fotostat di Seksyen 7 Shah Alam.

Saya selalu nampak graduan print resume dan adakalanya mereka letak atas kaunter bayaran.
Saya nampak isi resume.

Saya tidak boleh bernafas bila tengok “expected salary” RM3,500 malah saya pernah nampak RM4,500

Saya tengok kelulusan … oh biasa-biasa sahaja…bukan belajar Law ke, Medic ke Aerospace Engineering ke dari Uni luar negara … diploma biasa-biasa sahaja rupanya

Saya tengok gaya pemakaian mereka yang sibuk print resume gaji RM4,500 dan fotostat transkrip yang banyak repeat paper pula :

1. Perempuan pakai tudung singkat nampak dada
2. Perempuan pakai legging ketat
3. Perempuan pakai baju jarang macam net bola sepak
4. Perempuan pakai selipar jepun masuk jamban
5. Perempuan ketawa berdekah-dekah satu Shah Alam boleh dengar

1. Lelaki hisap rokok depan kedai
2. Lelaki pakai seluar pendek atas lutut
3. Lelaki pakai baju gambar “hantu”
4. Lelaki “mengevape” depan kedai pegang resume gaji RM4,500
5. Lelaki selebet macam hantu baru bangun tidur

Saya rasa hendak pitam.

Saya rasa kecewa.

Saya bayangkan macamana pensyarah menahan rasa dan migrane melayan anak didik mereka. Saya bersembang dengan beberapa orang yang sedang print resume. Sepanjang perbualan saya dengan mereka yang sedang cari kerja (graduan baru konvo), banyak perkara yang mengecewakan saya dan saya percaya orang dewasa yang berfikiran seperti saya akan tersangat kecewa dengan mereka seperti di atas.

Mungkin anak muda tidak faham fikiran kami.

Apa hendak jadi dengan graduan sekarang.

Maaf cakap “Mereka ini perasan lebih”

Saya? Saya dulu gaji RM1,600 kerja Isnin – Sabtu. Bukan gaji yang saya kejar tapi pengalaman dan ilmu. Budak sekarang sibuk gaji. Yelah, berangan nak pakai Ipong 6.

Sumber oleh Puan Lily Sabrina Md Saberi

Artikel ini mungkin membantu anda untuk pemahaman yang lebih tentang kewangan.
Tips Berjimat Untuk Pascasiswazah
Lelaki Berusia 50 Tahun Ini Membiayai Pengajian PhDnya Dengan Cara Luar Biasa

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Rog

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL