no comments

Ramai Calon Temuduga Tidak Tahu 7 Perkara Ini

Nota Editor: Tips temuduga ini telah dikongsikan oleh Pn. Lily Sabrina mengenai beberapa perkara yang ramai calon temuduga tidak tahu. Puan Lily Sabrina mempunyai kemahiran komunikasi dan kemahiran penyampaian awam dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang sangat baik. Oleh itu, beliau kongsikan tips ini kepada anda dan semoga perkongsian ini dapat membantu anda lulus dalam temuduga akan datang.

Berikut adalah 7 perkara tentang temuduga yang anda perlu tahu:

1. Penemuduga menilai anda dari mula anda submit resume, jawab email, jawab telefon dan jawab SMS. Kalau jawab email Bahasa Inggeris dengan jawapan Bahasa Melayu pun majikan sudah potong markah, kalau kita beri salam dan anda jawab “siapa ni ye? ada apa?” dengan nada yang tidak sopan pun anda kena potong markah. Kalau call 3 kali tidak berjawab memang sah anda tidak layak untuk hadir interview. Bila anda sudah mula mencari kerja, belajarlah menjawab telefon dengan baik dan expect setiap number yang masuk di telefon anda adalah orang yang hendak panggil interview. Tidak susah kan?

2. Penemuduga akan tengok Facebook atau Instagram anda. Kalau anda privatekan akaun anda kebanyakkan bakal majikan tidak suka. Bakal Majikan mahu “kenal” anda sebelum anda datang interview. Maka buanglah gambar anda berpeluk sakan dengan boyfriend/girlfriend, padamlah gambar-gambar yang mengaibkan, deletelah posting-posting anda yang berunsur provokasi, mencarut, mengarut dan menyumpah seranah sipolan sipolan. Anda mencerminkan diri anda di media sosial. Jangan lupa GOOGLE. Kalau ada tulisan buruk tentang anda di mana-mana blog, forum, facebook ke apa ke dan kami jumpa, susahlah anda. Jadi jaga diri baik-baik.

3. Penemuduga menilai anda sejak mula anda datang. Lewat 5 minit potong markah. Awal 30 minit tambah markah. Cara ketuk pintu pun kami beri markah. Cara anda tarik kerusi pun kami tengok. Malah cara anda salam tangan penemuduga pun kami sudah boleh baca siapa anda. Jika anda beri jawapan atau bercakap seperti ini “Selepas saya terima panggilan daripada pihak Puan, saya terus cari lokasi di GPS dan semalam saya sudah datang. Untuk pastikan saya tidak sesat hari ini” – penemuduga akan tambah markah sebab anda rajin dan komited. Good job!

4. Penemuduga tidak sibuk tengok transkrip anda, dan file tebal anda pun. Penemuduga mahu dengar suara anda, jawapan anda. Lenggok gaya bahasa tubuh dan tutur bicara anda. Suara macam semut memang kami tidak dengar, suara macam penyanyi funfair kami tidak mahu dengar. Belajarlah “bercakap”.

5. Penemuduga tengok penampilan anda. Maaf cakap, ada yang datang dengan seluar ketat, baju ketat macam bungkus pisang, tudung singkat nampak dada dan belah dada, kasut high heel 6 inchi macam nak buat catwalk, baju warna-warni bunga-bunga macam mahu pergi Mid Valley, pakai skirt ketat belah tepi, duduk bersilang kaki, kuku dicat merah, rambut pacak setinggi KLCC, jambang dan misai ala ala Wak D*****, gaya hipster memang NO NO NO. Paling kami tengok ialah gigi, ada yang bergigi kuning kesan rokok atau lupa gosok gigi, bulu hidung tidak dibuang, bau badan (aduhai). Jangan ingat majikan tidak nampak.

6. Penemuduga sudah buat research tentang syarikat tempat anda buat internship atau bekas majikan anda dahulu. Penemuduga biasanya akan tanya tentang pengalaman kerja tempat lama dan soalan bonus “Kenapa berhenti kerja di syarikat XXXX?” Kalau anda start jawab dengan memburukkan syarikat lama sebagai sebab anda cari kerja lain atau anda berhenti kerja, anda kena potong markah. Sebab kalau anda buruk-burukkan majikan lama , kami pasti anda akan burukkan syarikat yang sedang interview anda pula bila anda berhenti kerja nanti. Rahsia syarikat jangan dibuka walaupun anda sudah berhenti kerja. Jawab sahaja dengan baik dan beri jawapan “Saya mahu mencuba sesuatu yang baru bla bla bla”

7. Tinggalkan bilik interview dengan menolak kerusi dengan baik. Jangan bangun dan biarkan kerusi tidak disusun. Saya selalu jumpa calon bangun, tolak kerusi sehingga berbunyi kuat, meninggalkan bilik interiew tanpa mengucapkan terima kasih . Susah sangat ke hendak cakap “Terima kasih saya ucapkan kepada Puan XXXX kerana beri saya peluang untuk hadir temuduga, saya mendoakan kejayaan yang berterusan buat syarikat ini. Assalammualaikum”..fuh, sejuk hati penemuduga. Apalagi, tambah markah malah siap beri offer gaji lebih dari yang anda minta

Sumber: Pn Lily Sabrina Md Saberi
www.lilysabrina.com

Artikel-artikel ini mungkin membantu untuk pemahaman yang lebih tentang temuduga.
5 Rahsia Panduan Lulus Temuduga Kerja
3 Tips Dan Cara Temuduga Yang Betul
Soalan Lazim Temuduga

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL