1 comments

Apa Itu “Knowledge Gap” ??

Nota Editor : Nukilan ini telah dikongsikan daripada Dr. Othman Talib penerangan mengenai “knowledge gap” atau dikenali sebagai “research gap”. Semoga dengan penerangan ini jelas bagi anda dalam pembikinan tesis.

Bagi calon master / PhD yang cendiakawan – jangan kuat perasan
Ketahuilah sejarah perkataan “knowledge gap” – jangan lagi tergagap-gagap

Jika takut mimpi ngeri.. esok jer anda baca posting ini !

Pertama:
Sebelum itu, apakah maksud “research gap”?
Research adalah aktiviti sistematik untuk mengkaji sesuatu isu maka menggabungkan “research” sebagai aktiviti yang sistematik dengan “gap” sangat tidak kena. Ditambah pula dengan mendefinisikannya sebagai “something had not been done before” yang juga tidak serasi dengan perkataan re….. search.

Kedua:
Kemudian dikemukakan pula bahawa research gap adalah sesuatu yang belum diketahui atau “knowledge gap” yang perlu diisi. Ketahuilah bahawa istilah “knowledge gap” mula diperkenalkan oleh Tichenor, Donohue and Olien (1970s) yang membawa maksud kelompok elit menguasai informasi (berpendidikan tinggi) mengatasi kelompok bawahan (berpendidikan rendah) sehingga wujud jurang pengetahuan yang sekaligus mempengaruhi status sosioekonomi kedua- dua kelompok… nothing to do with your research !

Ketiga:
Habis kenapa kami disuruh cari dan tunjukkan “gap” dalam artikel-artikel seperti mencari kelemahan, sesuatu yang tidak dibuat lagi, limitasi dan suggestion for future research dalam artikel-artikel kajian lepas?

1. Ketahuilah bahawa kajian dalam artikel lepas sehebat manapun ketika diterbitkan dalam jurnal tersohor lama-lama akan semakin lemah dengan perkembangan dan kemajuan pengetahuan semasa. Jadi membaca ratusan artikel untuk mencari kelemahan sebagai satu gap…. adalah satu perbuatan yang menujukkan kelemahan sendiri…

2. Ketahuilah…. agak kedengaran pelik untuk mencari sesuatu yang tidak dibuat lagi dengan membaca artikel… kerana semakin banyak artikel yang dibaca, makin tipislah harap utk “menjumpai” apa yang “tidak dibuat lagi”…

3. Ketahuilah juga bahawa limitasi adalah satu keperluan kajian, yang membuatkannya kuat bukan lemah (kerana ada fokus dan skop) ketika diterbitkan. Buat apa cari limitasi kajian orang lain sebagai satu gap sedang kajian sendiripun ada limitasi…. ada gap !

4. Ketahuilah bahawa cadangan masa depan (suggestion for future research) adalah cadangan untuk kajian lanjutan author tersebut, bagi mengembangkan kajiannya sendiri dari pelbagai aspek, bukannya untuk orang lain. Jika author melakukan kajian quantitative terhadap sesuatu fenomena dalam bidang kepakarannya, maka tentulah dia boleh mencadangkan untuk mengkaji fenomena yang sama secara qualitative pula untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam untuk dirinya. Apa yang buat anda perasan cadangan tersebut utk anda lakukan?

Dalam kajian anda pun ada suggestion for future research…. maknanya anda suggest apa yang anda ingin buat untuk masa depan berkaitan kajian yang sedang anda buat sekarang…. sebab yang tahu akan kajian anda sendiri…. Apa yang buat anda perasan ada orang lain yang akan ikut suggestion tersebut? Anda yang suggest, anda buat sendirilah !

Tak faham? Tak perlah…. esok cuba fahamkan lagi…

Tak setuju? Tak perlah….no problem bro… jangan pulak ajak saya berdebat anywhere anytime … takut saya setuju anda pulak yang terkedu….. so bacalah tentang gap dalam semua posting saya yang terdahulu…!

*Dr. Othman Talib adalah pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau kelulusan ijazah Sarjana Muda Kimia dari UKM (1986), Sarjana Pendidikan Sains dari UPM (1999) dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan dari University of Adelaide (2007)

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. NADHRAH MURAD

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL