no comments

Petua Kerja Dari Rumah

Nota Editor: Nukilan ini telah dikongsikan oleh Syaizul Amal mengenai tips kerja dari rumah. Semoga dengan perkongsian tips ini, dapat memberikan ilham dan menaikkan semangat kepada anda.

Sejak saya keluar dari alam universiti tahun 2000, saya sudah menetapkan pelan untuk tidak kerja ‘9 to 5’ setiap hari. Saya paling alergik dengan ‘traffic jam’ tetapi saya suka duduk di dalam bandar kerana saya tidak suka berada dalam persekitaran ‘mandom’.

Jadi saya beli rumah dalam Kuala Lumpur, 10 minit ke KLCC, 5 minit ke MidValley. Saya beli rumah berdekatan dengan pejabat di Kuala Lumpur Sentral, kerana saya mahu elak ‘traffic jam’.

BEGIN WITH END IN MIND.

Itulah yang saya baca dari buku Stephen COvey, sifu motivasi hebat dengan buku berjudul 7 habits of highly effective people.

Katanya, jangan bersimpang-siur mahu capai objektif akhir, teruskan ambil jalan paling lurus ke matlamat.

Contoh, kita belajar sebab mahu cari kerja bagus, agar dapat gaji bagus, untuk dapat hidup bagus agar ada kebebasan masa untuk bersama famili.

Oleh kerana misi hujungnya mahukan kebebasan masa, jadi kita perlu terus fokus kepada ‘master plan’ bagi mencapai misi ‘kebebasan masa’.

MISI BEBAS.

Apabila kita jelas tentang apa yang kita mahukan, kita lebih mudah buat kepuutusan. Contoh keputusan adalah, jenis kerja yang kita mahu pilih, atau jenis bisnes yang kita mahu ceburi.

Saya memilih bisnes yang membuat untung dengan pendapatan pasif. Saya pilih cara ROYALTI.

Jadi saya pilih bisnes yang ada IP (harta intelek). Kami mempunyai bisnes membuat beratus-ratus ringtone (mobile content publishing). Kami mempunyai bisnes membuat lagu (music publishing). Kami mempunyai bisnes buat buku (book publishing).

KELUARKAN DIRI DARI SISTEM.

Setiap kali membuka bisnes, saya aturkan agar mesin duit itu dapat bergerak sendiri. Saya mesti keluar daripada sistem yang telah saya bina itu.

Sukar. Tetapi ia boleh dilakukan. Saya meletakkan sasaran 3 ke 5 tahun untuk keluar dari sistem setiap bisnes saya itu. Setakat ini, tiada yang 3 tahun ke bawah. Semuanya perlukan 5 tahun. Kena bawa bersabar dan sentiasa fokus.

URUSKAN BISNES DARI RUMAH.

Sejak tahun 2010, saya sudah tidak masuk ke pejabat lagi. 12 buah syarikat berjalan seperti biasa. Namun saya masih uruskan beberapa syarikat secara ‘remote’ daripada rumah.

Setiap hari, bermula jam 7 pagi hingga jam 10 pagi, saya akan cek FB, memberikan arahan dan membuat keputusan. Saya wajibkan pegawai saya ada akaun FB, mereka kena main FB setiap hari minima 3 kali.

MAKSIMAKAN INTERNET.

Rumah saya tiada ASTRO. TV ada, tetapi saya jadikan TV 60 inchi sebagai monitor untuk komputer. Saya guna UNIFI 10GB, tetapi saya cabut BOX HyppTV.

Saya gunakan tools seperti Whatsapp, Facebook dan Dropbox untuk uruskan bisnes.

Gambar lampiran adalah snapshot DROPBOX saya. Setiap pegawai dan penulis mempunyai file masing-masing. Laporan mingguan dalam Facebook, Whatsapp untuk perbincangan. Buat check in kehadiran melalui Google Sheet. Sedaya upaya memastikan paperless document.

RANCANGKAN KEBEBASAN MASA.

Mulai hari ini, tuan puan rancangkan bisnes tuan puan agar ada masa untuk anak-anak dan keluarga. Masa yang lebih ini gunakan untuk tambah 3 perkara.

1) Didik anak menjadi anak soleh.
2) Tinggalkan lebih banyak ilmu manfaat.
3) Buat banyak kebajikan dan sedekah jariah

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL