no comments

Jawatan Kosong UiTM – Universiti Teknologi MARA Melaka 2016

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Melaka 2016. Universiti Teknologi MARA, Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan Jawatan UiTM Pensyarah Secara Sambilan / Sepenuh Masa di Kampus Alor Gajah, UiTM Melaka bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

JAWATAN : PENSYARAH SAMBILAN / SEPENUH MASA

FAKULTI :
2.1 Akademi Pengajian Bahasa
Bidang : Bahasa Mandarin
2.2 Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Bidang : Grafik
2.3 Akademi Pengajian Islan Kontemporari
Bidang : Pengajian Islam.SYARAT LANTIKAN
Warganegara Malaysia


Syarat Kelayakan
i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
ii. Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang;
iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti;
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;
v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana);
vi. Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki ijazah sarjana muda;
vii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;
viii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a) Borang Perjawatan UiTM Melaka boleh diperolehi di Pejabat Am, Bahagian Pentadbiran, UiTM Melaka, Kampus Alor Gajah & Kampus Bandaraya Melaka. Borang boleh juga dimuat turun di laman web UiTM Melaka www.melaka.uitm.edu.my.
b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 FEBUARI 2016
c) Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan :
– Kad Pengenalan
– Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
– Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
– Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
e) Permohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Melaka.
f) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN 
UiTM MELAKA
KM 26, JALAN LENDU 
78000 ALOR GAJAH
MELAKANO TEL : 06-5582000 / 2300 / 2700

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL