no comments

Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Melaka

Uitm

Universiti Teknologi MARA (Melaka) dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan di UiTM Melaka kampus Bandaraya bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

JAWATAN: PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)

FAKULTI & BIDANG: ACADEMY OF CONTEMPORARY ISLAMIC STUDIES (ACIS)

SYARAT LANTIKAN:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Syarat kelayakan
    • Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
    • Calon-calon mestilah memiliki CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang;
    • Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti;
    • Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;
    • Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada diperingkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana);
    • Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;
    • Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.

CARA MEMOHON

  1. Borang Perjawatan UiTM (Melaka) seperti di lampirkan atau boleh diperolehi di Pejabat Am, Bahagian Pentadbiran, Kampus Bandaraya. MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
  2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 FEBRUARI 2016
  3. Setiap Permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan :
    • Kad Pengenalan;
    • Sijil SPM /MCE, STPM /HSC atau setaraf;
    • Skrol & Transkrip Akademik Terperinci (Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD);
    • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM (Melaka)
  6. Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM (MELAKA) KAMPUS BANDARAYA
NO. 110 OFF JALAN HANG TUAH
75300 MELAKA

NO.TEL : 06-285 7000 / 7006

Ruj Kami : 500-KBM(PT.19/2)
Tarikh : 01 Februari 2016

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL