1 comments

Gadis Ini Berjaya Tamatkan Master Walaupun Gagal SPM

Nota Editor: Jangan menganggap gagal SPM bermakna gagal di dalam kehidupan. Gadis ini berkongsi kisah kejayaan beliau selepas berjaya menamatkan pengajian Master di luar negara. Ikuti perkongsian Nurul Nadia Noni mengenai kisah beliau sehingga berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana di University of York, United Kingdom. Semoga kisah beliau memberi inspirasi dalam kehidupan kita dalam mengejar impian.

12631386_10207622208686008_6522511003129056817_n

Saya bukan seorang yang bijak. Akibat keputusan SPM yang teruk, saya tak dapat masuk IPTA walaupun dah beberapa kali buat permohonan. Saya akhirnya ke Politeknik selama 3 tahun. Masih lagi tidak bernasib baik,saya juga tak dapat memasuki IPTA untuk sambung degree. Saya tak berputus asa, buat permohonan semula dan akhirnya berjaya masuk untuk second batch.

Semasa degree, saya telah menjalani pembedahan sehingga gagal dalam banyak subjek dan kena repeat semula semuanya. Namun ternyata mengambil master jauh lebih mencabar. Sebanyak 3 kali permohonan biasiswa saya ditolak sebelum berjaya. Dari awal saya dah tahu, ambil Master in Science Computer dalam masa setahun bukanlah mudah. Gagal dalam beberapa subjek adalah kebiasaan dan saya perlu repeat lagi.

Ujian terakhir adalah yang paling berat. Apabila pulang ke Malaysia, saya dapat email menyatakan saya gagal dalam disertasi. Saya cuma ada 2 minggu jika nak lulus. Saya ambil cabaran itu dan tak tidur malam. Alhamdulillah berjaya. Hanya kerana kamu mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan orang lain bukan bermakna kamu gagal. Rasa nak give up try lah lagi.

Dengan hasil usaha yang tidak pernah jemu, akhirnya gadis ini berjaya menamatkan pengajian Master di University of York, United Kingdom.

Screen-Shot-2016-02-04-at-12.20.16-PM

Hasil Perkongsian Oleh Nurul Nadia Noni

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL