no comments

Cabaran Dan Dugaan Nurul Nazlia Di Manchester United

Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara. Nurul Nazlia merupakan di antara pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Manchester United dalam bidang Perakaunan dan Kewangan. Mari kita ikuti kisah beliau ketika beliau di sana.

edit 2

Nurul Nazlia Jamil dibesarkan di salah satu daerah di Negeri Johor, Kluang dan merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Beliau dibesarkan oleh seorang ibu yang kini adalah surirumah sepenuh masa dan kehilangan ayah ketika pengajian akhir di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Selepas memperoleh kejayaan cemerlang di peringkat sekolah rendah, beliau telah ditawarkan untuk ke sekolah asrama penuh di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Sepanjang lima tahun persekolahan di sekolah asrama penuh beliau telah memperolehi banyak pengalaman hidup berdikari dan mempunyai rakan dari pelusuk negara. Selain itu, pengalaman berada di sekolah berasrama bukan sahaja untuk fokus kejayaan cemerlang dari segi akademik tetapi tumpuan diberikan untuk pembetulan akhlak dan sahsiah diri.

Selepas tamat pengajian di peringkat sekolah menengah, beliau kemudian ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama satu tahun setengah dan pada ketika itu kursus pengajian yang diambil adalah Ekonomi dan Pengkhususan untuk pengajian di peringkat asasi, pelajar perlu mengambil tiga subjek utama sebelum memulakan pengkhususan untuk pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda , tiga subjek utama tersebut adalah Akaun, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan Pusat Asasi UIAM sangat menekankan penguasaan Bahasa Arab sebagai bahasa utama di dalam pengajian selain daripada bahasa Inggeris yang merupakan bahasa rasmi yang digunakan.

Selepas setahun setengah, Nurul Nazlia meneruskan pengajian rasmi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Kuala Lumpur. Untuk tempoh tersebut beliau membuat pengkhususan kursus Ijazah Sarjana Muda di bidang Perakaunan dan Kewangan yang ditawarkan selama tiga tahun setengah.  Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dengan beroleh Ijazah Kelas Pertama dan telah beberapa kali dianugerahkan dengan Anugerah Dekan. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau meneruskan latihan industri di Bank Negara Malaysia selama enam bulan. Kemudiaanya beliau mendapat tawaran bekerja sebagai Pensyarah Muda di Kolej Polytech Mara Bangi (KPTM). Semasa bekerja sebagai pensyarah, beliau juga telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di bidang perakaunan selama setahun setengah. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana saya telah ditawarkan untuk mengajar di salah satu university awam di Malaysia iaitu UiTM Lendu, Melaka. Setelah bekerja selama setahun setengah kemudiannya beliau meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di bawah biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi dan akan diserapkan ke Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) di Nilai setelah tamat pengajian. Nurul Nazlia telah memulakan pengajian Doktor Falsafah pada tahun 2012 di Bidang Perakaunan di Manchester Business School, University of Manchester di United Kingdom. Kini saya berada di tahun akhir dan bakal menamatkan pengajian selewat lewatnya Mei 2016.

Pengalaman menyambung pengajian di negara asing merupakan satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan. Tambahan pula, di Manchester sendiri terdapat komuniti Malaysia yang sangat akrab dan menyebabkan pelajar tidak berasa di negara asing. Pelbagai cabaran dan dugaan  yang pernah Nurul Nazlia ditempuhi seperti diragut, rumah di pecah masuk dan pernah mengalami beberapa pengalaman pahit di mana ahli keluarga terdekat meninggal dunia sesama beliau sedang berada di UK. Namun begitu, dugaan dan pengalaman pahit tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk menamatkan pengajian dan menempuh pengalaman hidup berdikari dan bergaul dengan pelbagai persekitaran dan ragam dari pelbagai orang dari seluruh pelusuk dunia. Pengalaman hidup di luar negara mematangkan diri dari segi pemikiran, pemahaman agama islam, pergaulan dengan pelbagai budaya dan Bahasa dan pendedahan diri di peringkat antarabangsa menjadikan diri beliau seperti duta kecil Malaysia.

edit 1

Selain dari itu menyambung pengajian di UK memberikan beliau banyak peluang untuk melancong di seluruh Eropah dan membuka mata mengenai budaya, system, akhlak, sifat kemanusian dan tradisi yang memberikan faedah untuk diaplikasikan ketika pulang ke Malaysia nanti. Beliau juga telah berpeluang untuk melawat lebih 20 negara di sekitar Eropah dan UK dan peluang sebegini sangat memberikan kenangan yang manis dalam hidup beliau.

Pesanan untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajiaan adalah sentiasa berusaha dan jangan putus asa. Selain itu sentiasa mengimbangkan diri dengan kemanisan di dunia dan di akhirat dan sentiasa mengamalkan sifat rendah diri kerana ilmu yang diperoleh bukan untuk dibanggakan tetapi untuk kita menyampaikan kepada di antara satu sama lain.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL