no comments

15 Tips Mudahnya Lulus Temuduga

Nota Editor : Nukilan ini telah dikongsikan oleh Amierul Azraie Bin Mustadza mengenai tips untuk mudah lulus dalam temuduga. Tips ini adalah amat penting untuk sesiapa sahaja yang baru hendak melangkah ke dunia pekerjaan. Semoga dengan pekongsian ini dapat memberikan semangat kepada anda.

1)  Terima “Invitation”
Bila dipanggil temuduga, pastikan anda menerima ‘invitation’ dalam bentuk emel. Ini untuk memudahkan urusan sebelum dan selepas temuduga.

2) Sediakan maklumat yang lengkap.
Kebiasaannya untuk temuduga, anda perlu membawa ’employment form’ yang telah siap bertulis, transkrip dan sijil berkaitan (salinan asal & photocopy), CV terkini, dan gambar passport. Pastikan anda sediakan seperti apa yang diminta. Kalau memang sedang memburu kerja, sediakan sekurang-kurangnya 10 set.

3) Memakai pakaian yang kemas dan sopan.
Lelaki = Biasanya saya akan pakai kemeja dan satu set blazer dan seluar yang sama warna. Warna blazer dan seluar yang sesuai adalah hitam, kelabu dan warna gelap lain. Pastikan anda pakai tali leher dan kasut hitam berkilat.
Perempuan = Set baju kurung, set baju kemeja, seluar dan blazer atau set baju kemeja, skirt bawah paras lutut dan blazer.

4) Datang awal.
Hadir 30-60 minit lebih awal dari waktu temuduga. Bila anda hadir lebih awal, anda boleh solat sunat dhuha dan/atau solat sunat 2 rakaat. Lepas solat sunat, doalah kepada Allah mohon ketenangan dan dipermudahkan segala urusan temuduga. Ingat, hati setiap manusia ni Allah yang genggam. Allah jugalah yang Maha Berkuasa untuk menggerakkan hati penemuduga anda.

5) Mendapatkan maklumat.
Rujuk #1, melalui emel ini anda boleh berkomunikasi dengan HR / recruiter. Dapatkan maklumat berikut daripada mereka:
– Job Description (JD) jawatan yang ditemuduga
– Nama penuh dan jawatan penemuduga

6) Patuhi kriteria.
Menggunakan JD yang diberikan, anda boleh lakukan persediaan untuk menjawab soalan-soalan teknikal dan juga soalan berkaitan karekter anda. Lihat CV anda, lihat JD. Anticipate soalan-soalan yang mungkin ditanya. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 poin utama bagaimana anda boleh menjadi aset kepada syarikat tersebut.

7) Melakukan sedikit penyelidikan terhadap penemuduga.
Menggunakan nama penuh dan jawatan penemuduga, anda boleh stalk mereka di LinkedIn. Melalui cara ini sebelum temuduga pun anda dah tahu latar belakang penemuduga anda dan anticipate soalan-soalan yang mungkin akan ditanya.

12688069_1668404353429494_4777638214223667465_n

8) Bismillah.
Sebelum masuk bilik temuduga baca Bismillah 50 kali. Fadilat baca Bismillah 50 kali ini dapat melembutkan hati manusia yang kita bersemuka. Atau apa-apa zikir lain pun boleh. Bila dah nak masuk temuduga, tinggal Allah je yang boleh tolong kita.

9) Lancar dalam Bahasa Inggeris.
Latih diri untuk menjawab soalan pemanas badan secara lancar dalam BI. Soalan pemanas badan yang lazim adalah, “Tell me about yourself”. Pastikan anda boleh jawab soalan ini dengan lancar selama 3-5 minit. Kalau kat sini pun tergagap-gagap, boleh anggap anda gagal lah.

10) Pastikan anda dapat huraikan setiap poin dalam CV anda.
Latih diri untuk jawab soalan-soalan lazim yang lain berkaitan industri, syarikat, JD, dan CV anda. Pastikan setiap poin dalam CV anda boleh huraikan secara mendalam. Melalui huraian anda, penemuduga boleh ‘gauge’ anda boleh buat kerja seperti yang tertulis dalam JD atau tak.

11) Jangan terlalu obses.
Latih diri untuk bertanya soalan-soalan berkaitan industri, syarikat, dan JD. Jangan belum apa-apa dah sibuk tanya berapa gaji boleh dapat. If you are worth to be paid, the company will pay you whatever salary you expected.

12) “Keep in touch” dengan penemuduga.
Habis temuduga, dapatkan business card semua penemuduga anda. Dengan maklumat yang ada dalam business card anda boleh follow-up lepas temuduga.

13) Hantar emel balas tanda penghargaan anda kepada mereka.
Hantar ‘Thank You Email’ kepada semua penemuduga anda dalam tempoh 24 jam selepas temuduga.

14) Mendapatkan restu ibubapa.
Sebelum dan selepas temuduga, call ibu bapa anda mohon doa mereka. Doa mereka terutamanya doa ibu itu sangat mustajab.

15) Perbanyakkan amalan-amalan sunat.
Banyakkan sedekah, solat dhuha dan solat tahajjud. Ini sahaja cara mudah untuk menjemput rezeki (lulus temuduga).

Sumber: Ameirul Azraie

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL