no comments

10 Tips Mudahnya Memburu Kerja

Nota Editor : Nukilan ini telah dikongsikan oleh Ameirul Azraie Bin Mustadza mengenai tips bagaimana untuk memburu kerja. Semoga dengan perkongsian ini, dapat memanfaatkan kepada anda semua. Kalau anda hendak memburu kerja, ikuti 10 tips mudah berikut:

linkedin-logo.

1) Kurangkan masa di Facebook
Luangkan lebih banyak masa di LinkedIn. Ini kerana LinkedIn adalah rangkaian profesional dengan pengguna seramai 400 juta orang. Pengguna LinkedIn di Malaysia seramai 3 juta orang.

iStock_000035768924Small

2) Kemaskini CV
Anda dengan memasukkan pengalaman terkini. Gunakan strong keywords dan industry jargons dalam CV anda. Pastikan anda highlight pencapaian kerjaya atau pendidikan anda. Jangan lupa supaya anda selitkan sedikit mengenai kekuatan (keistimewaan) yang ada pada anda dan tidak ada pada orang lain. Ini akan menarik perhatian kepada mereka yang ingin mengambil anda bekerja dalam syarikat mereka. 

accomplice-clipart-resume-helps-land-job


3)  Kemaskini profil LinkedIn anda.
Menggunakan maklumat yang sama seperti di atas. Ini akan memudahkan urusan anda ketika anda sedang memburu kerjaya di LinkedIn.


4) Mula ber’network’ dan bersosial dengan HR, recruiter & headhunter.
Caranya amat mudah, cuma perlu like, komen dan share status mereka di LinkedIn.

a1bd61dd15ac66b73884435f11293e6166e63738

5) Mohon kerja yang bersesuaian dengan melihat status-status baru daripada HR, recruiter & headhunter di LinkedIn
Anda haruslah mengikuti segala status daripada HR, Recruiter & Headhunter dalam akaun LinkedIn anda supaya anda tidak terlepas peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh mereka.

6) Dalam tempoh 6 bulan memburu kerja, pastikan anda menghantar sekurang-kurangnya 1,000 permohonan kerja.
Jangan cepat putus asa dalam permohonan kerja yang ditawarkan dalam LinkedIn. Teruskan memohon kerja sebanyak mungkin kerana peluang anda cerah jika anda membuat 1000 permohonan kerja.

job_search560

7)Terima apa sahaja tawaran yang datang.
Jika anda fresh graduates atau baru kehilangan kerja, ambil sahaja kerja yang datang kepada anda. Berapa banyak gaji atau jenis industri tidak berapa penting. Yang penting, dapatkan sebanyak mungkin pengalaman kerja.

12688069_1668404353429494_4777638214223667465_n

8) Pastikan juga anda mengemaskini profil anda di JobStreet, Monster, dan sebagainya.
Cara ini dapat meningkatkan visibiliti anda di alam maya. Anda cuma perlu untuk mengemas kini maklumat tentang diri dalam Job Portal supaya mereka senang untuk mencari anda dalam carian.

9) Perbanyakkan amalan
“Networking kita dengan Allah mesti luar biasa, barulah rezeki kita juga luar biasa. Amalan yang menjemput rezeki seperti solat tahajjud, solat dhuha, sedekah, dan sebagainya. Sedekah adalah amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah merupakan satu kuasa yang luar biasa.

sedekah

10) Mendapatkan restu.

Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya: “Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihani selepas Allah dan Nabi? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu Kamu. Dan kali keempat lelaki itu bertanya ‘Selepas itu?’ Jawab Nabi, ayah kamu.

Doa daripada ibu bapa anda kerana doa mereka sangat mustajab. Bahagiakan mereka, In Shaa Allah mudah anda memburu kerja.

Sumber: Ameirul Azraie

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL