no comments

Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan Dan Statistik Oleh Dr Othman Talib

Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik ini memfokuskan panduan praktikal bagi penulisan tesis yang berkemungkinan terdapat perbezaan daripada yang pernah anda baca dalam buku lain yang seumpamanya. Penulis menggunakan pengalaman mengendalikan bengkel penulisan tesis di hampir semua IPTA untuk dikongsikan dengan pembaca di dalam buku ini. Kekuatan buku ini bergantung pada penjelasan yang diberikan secara mudah berserta dengan contoh yang praktikal. Huraian berserta contoh penulisan sorotan kajian secara kritis yang selama ini menjadi masalah kepada pelajar yang menulis tesis, projek mahupun disertasi turut dikemukakan. Buku terbitan Univevrsiti Putra Malaysia ini boleh didapati disini.

12647596_1006656232740469_134519635_n

Penulis Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik ialah DR. OTHMAN TALIB. Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda Kimia dari UKM (1986), Sarjana Pendidikan Sains dari UPM (1999) dan Ijazah Kedoktoran Pendidikan dari University of Adelaide (2007).

Beliau sering dijemput untuk mengendalikan bengkel Penulisan Tesis Pantas; Pengurusan Artikel dengan Mendeley; Analisis Kuantitatif dengan SPSS dan; Analisis Kualitatif dengan ATLAS.TI di bawah UPM Consultancy Sdn. Bhd. Beliau yang dikenali sebagai Dr OT aktif menulis di blog “SPSS: Suka Penyelidikan dan Suka Statistik” dan sehingga kini telah menghasilkan dua buku, iaitu Tulis Tesis Cepat dan Mendeley dan sedang menyiapkan sebuah lagi buku Fahami ATLAS.TI Menerusi Illustrasi. Beliau telah dianugerahkan tiga pingat emas, satu satu perak dan tiga hak cipta hasil kajian animasi beliau dalam bidang Pendidikan Kimia.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL