1 comments

Dr. Mohd Sukor Su’ait Genggam Anugerah Geran Merdeka 2015

Nota Editor: Artikel ini dipetik dari MyMetro oleh Mohd Nasif Badruddin. Kami ingin kongsikan kepada anda mengenai kejayaan Dr Mohd Sukor Su’ait yang berjaya menggenggam Anugerah Geran Merdeka 2015. Penganugerahan itu diharap dapat menjadi perangsang kepada generasi muda untuk menghayati semangat kemerdekaan serta meneruskan usaha memajukan negara tanpa mengira disiplin yang diceburi. Diharap perkongsian ini dapat meningkatkan semangat pembaca dan seterusnya menjadikan beliau sebagai idola dalam mencapai kejayaan.

profile pic jom hebat profile pic jom hebat 1Oktober 2015

Kuala Lumpur: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengumumkan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Sukor Su’ait, 30, dan Pembantu Penyelidik Universiti Malaya, Chua Ling Ling, 26, sebagai penerima Anugerah Geran Merdeka 2015.

Kedua-dua penerima anugerah yang diasaskan oleh Petronas, ExxonMobil dan Shell itu akan ditempatkan di institut antarabangsa berprestij selama tiga bulan untuk melakukan kajian lanjut.

Dr Mohd Sukor menjalankan penyelidikan mengenai proses penghasilan sel solar pepejal ‘dye-senstizer’ (DSSC) mengenai komoditi manakala Chua menjalankan penyelidikan mengenai bakteria di dalam usus dan cara ia berinteraksi dengan sistem imunisasi.

Sultan Nazrin yang juga Penaung Diraja Anugerah Merdeka turut mengumumkan enam penerima Anugerah Merdeka yang akan menerima wang tunai RM500,000, trofi serta karya seni.

Penerima berkenaan ialah Tan Sri Dr Jemilah Mahmood bagi kategori Pendidikan dan Komuniti, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid (Alam Sekitar), Prof Datin Dr Khatijah Mohamad Yusoff (Kesihatan, Sains dan Teknologi), Prof Dr Ir Mohd Ali Hashim (Pencapaian Ilmiah Terunggul), Dr Elizabeth Lesley Bennett (Sumbangan Cemerlang Kepada Rakyat Malaysia).

Sumber: MyMetro

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL