no comments

Cara Motivasikan Diri Sendiri

Tidak kira sebanyak mana buku yang anda baca atau kursus yang dihadiri atau pakar yang memberi kata-kata motivasi tetapi sekiranya anda tidak mahu bermotivasikan diri sendiri maka tidak akan kemana juga. Motivasi yang paling penting datangnya daripada diri sendiri dan bukan dari orang  lain. Berikut adalah langkah untuk bermotivasikan diri sendiri.

1. Mempunyai Matlamat

Matlamat adalah kunci kepada motivasi diri. Matlamt tidak semestinya sesuatu yang besar, hebat dan jauh untuk dicapai. Ada kalanya, matlamat yang terlalu besar akan menjatuhkan motivasi sekiranya dilihat mustahil untuk dicapai. Matlamat yang dipecahkan kepada unit yang lebih kecil adalah satu cara memberi motivasi untuk mencapai matlamat besar. Oleh itu, pecahkan anda kepada sesuatu yang mudah dicapai.

2. Letakkan Desakan

Letakkan desakan atas diri sendiri. Kebanyakkan daripada anda memerlukan “a sense of urgency” untuk menolak diri melakukan sesuatu. Ingat kembali zaman belajar, sering kali perkataan “study last minute” menjadi amalan. Bila menghampiri tarikh akhir tugasan, ketika itu anda akan kelam kabut untuk menyiapkannya. Memberi desakan kepada sesuatu perkara akan menjana semangat yang luar biasa. Oleh itu, dalam apa sahaja yang ingin anda capai, letakkan desakan ke atas diri sendiri.

3. Pencetus Semangat

Apakah pencetus semangat anda? Ia berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain. Mungkin pencetus semangat anda adalah keluarga dan anak-anak. Mungkin juga pencetus semangat adalah melalui membaca ataupun pencetus semnat adalah melihat alam semula jadi.

4. Upah Diri Sendiri

Selapas bekerja dan berusaha keras serta mendapat pulangan, anda jangan lupa untuk diri sendiri dengan mengupah diri umpama menghadiahkan sesuatu kepada diri atas kerja yang baik. Memmberi hadiah pada diri sendiri bukan sahaja bermaksud barangan. Ia mungkin juga bermaksud mengambil time-off atau berhenti dan berehat daripada kerja untuk kumpulkan dan recharge kembali motivasi supaya sentiasa dalam keadaan yang tip top.

5. Fikirkan Kesengsaraan

Fikirkan kesengsaraan sekiranya anda tidak melakukan sesuatu. Manusia melakukan sesuatu dengan sebab mendapat kebahagiaan dan mengelakkan kesengsaraan. Daripada dua sebab itu, mengelakkan kesengsaraan memberi impak emosi yang lebih mendalam oleh kerana memberi ketakutan. Sering kali anda akan mendapat yang ekstra apabila memikirkan kesengsaraan yang akan terjadi dan kesan emosi pada diri. Sebab ini juga kisah kejayaan yang sering kita dengari berpunca daripada mereka yang susah melalui jalan hidup yang sukar terlebih dahulu.

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL