no comments

Cabaran Pengajian PhD Di Luar Negara

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Sharifah Norkhadijah Syed Ismail dari blog beliau mengenai pengalaman ketika beliau menyambung pengajian PhD di luar negara.

Bukan sesuatu yang mudah untuk pascasiswazah menyambung pengajian PhD di luar negara, namun ianya bukannya mustahil. Sebagai bukti, ramai di antara graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian tepat pada masa yang ditetapkan. Menurut Sharifah Norkhadijah, belia tidak pernah bermimpi untuk ke luar negara bagi menyambung pengajian kerana beliau lahir dalam kalangan keluarga yang sederhana, adalah amat mustahil bagi beliau untuk melanjutkan pengajian ke luar negara dengan perbelanjaan sendiri.

Namun yang demikian, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa tahu’. Tuhan pencetus segala-galanya. Beliau mencuba nasib dengan menghantar permohonan menjadi tutor di UPM dan permohonan yang diterima. Dalam tempoh selama 6 bulan sebagai tutor, beliau telah mendapat tempat menyambung pengajian PhD di sebuah universiti di Norwich, United Kingdom. Mungkin para pascasiswazah mengatakan nasib baliau sentiasa baik akan tetapi sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. Di sini, beliau berkongsi pengalaman dengan anda mengenai cabaran pengajian di luar negara dari perspektif pascasiswazah yang masih belum berkeluarga.

  • Perbezaan cuaca, gaya hidup dan bahasa

Salah satu cabaran belajar di luar negara adalah kerana perbezaan bahasa dan budaya. Semuanya kelihatan asing di mata beliau, dari segi pakaian, makanan, tempat tinggal, cuaca dan penduduk sekitarnya. Ketika pertama kali kaki ke UK, beliau tiba pada musim sejuk dimana sepanjang harinya adalah mendung dan tiada matahari sepanjang 3 bulan. Datang dari negara yang sentiasa disinari matahari, hari-hari beliau muram. Sharifah Norkhadijah berasa tertekan dan sangat tidak bermaya. Sehinggalah rakan membantu beliau dengan membelikan lampu khas untuk beliau mengatasi kemurungan ketika musim sejuk. Beliau juga diletakkan di bawah pengawasan penyelia dan pegawai perubatan universiti bagi memulihkan kemurungan yang beliau alami.

Begitu juga dengan orentasi perniagaan di luar negara. Setiap kedai di bandar tutup pada hari Ahad. Waktu operasi perniagaan hari biasa pula hanya sehingga 5 petang, sedangkan di Malaysia kita bebas membeli belah sehingga lewat malam dan pusat membeli belah menjadi tumpuan untuk kita melepaskan tekanan setelah seharian bekerja. Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila melihat keadaan ini.

Selain itu, bahasa juga merupakan salah satu cabaran ketika menuntut di luar negara. Pada awalnya sukar untuk membiasakan berbahasa Inggeris setiap masa. Tambahan pula cara sebutan bahasa Inggeris beliau tidak seperti penduduk tempatan. Ada ketikanya beliau di sakah anggap sebagai biadap kerana pemilihan perkataan dan intonasi sebutan beliau.

  • Berbeza budaya (panggilan nama dan cheers)

Budaya kita sangat menitikberatkan adab apabila berhadapan dengan guru. Kita dilarang sama sekali memanggil guru atau pensyarah kite dengan panggilan nama. Ianya merupakan kesalahan besar dalam masyarakat kita. Namun ianya tidak di negara-negara Eropah. Sekiranya anda berpeluang melanjutkan pengajian di negara-negara Eropah, mereka tidak memanggil penyelia dengan panggilan Doctor atau Prof tetapi mereka dipanggil dengan nama. Apabila sudah terbiasa dengan panggilan ini, beliau menghadapi masalah apabila pulang di Malaysia.

Selain itu, beliau amat keliru apabila rakan-rakan di sana menyebut “cheers” di setiap hujung perkataan. Perkataan “cheers” digunakan secara meluas sebagai tanda terima kasih atau tanda persetujuan terhadap sesuatu perkara atau ianya hanya sebagai suatu ucapan.

  • Penulisan bahasa Inggeris

Seperti yang beliau katakan di atas, salah satu kekangan untuk pascasiswazah yang melanjutkan pengajian di luar negara ialah nahasa. Meskipun anda merupakan pelajar pintar yang menguasai bahasa Inggeris di Malaysia, namun apabila anda mula menulis dan menghantar draf tulisan anda kepada penyelia anda, mereka pasti akan menolak makalah anda mentah-mentah dan membetulkan hampir setiap ayat anda. Begitu adatnya, ianya bukan bahasa ibunda kita, sudah tentu kita belum mencapai suatu piawaian yang sama seperti mereka.

Sekiranya ini terjadi kepada anda, anda jangan sesekali berputus asa atau mengalah atau berasa sedih. Gunakan peluang yang ada untuk belajar dari mereka menulis makalah saintifik dalam bahasa Inggeris yang betul. Pengalaman beliau, lantaran kerana letih membetulkan bahasa beliau yang lintang pukang, penyelia beliau kerap menulis di atas draf laporan Sharifah Norkadijah “Please Check Your Langguage” atau “Please Check Your Grammar” atau “I am Tired Correcting Your English”. 

  • Kekangan masa, kewangan dan tuntutan kerjaya

Berbalik kepada soal pengajian phD. Sekiranya pengajian anda ditaja oleh biasiswa kerajaan anda tidak terlepas daripada menghadapi masalah kekangan masa. Masa diperuntukkan untuk pengajian PhD adalah antara 3 hingga 4 tahun. Ada yang berjaya menghabiskan masa dalam tempoh 2 tahun sahaja namun ada juga yang menghabiskan pengajian lebih dari 5 tahun.

Sepanjang pengajian 3 tahun, pelajar yang menyambung pengajian PhD menggunakan skim tutor dan mendapat tajaan biasiswa Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan samaada Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) atau Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) akan dibayar gaji sepenuhknay beserta elaun sepanjang pengajian.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai rintangan para pascasiswazah harus tempuhi dalam mengecapi kejayaan untuk mengenggam PhD. Oleh itu anda sebagai pelajar harus mengetahui bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

“Jangan pernah berputus asa jika menghadapi kesulitan kerana setiap titisan air hujan yang jernih berasal dari awan yang gelap”

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL