1 comments

Tips Berjimat Untuk Pascasiswazah

Tips ini adalah khas untuk para pascasiswazah yang baru sahaja habis belajar dan tidak ada wang simpanan. Ini juga mungkin dapat membantu para pascasiswazah dalam dunia kewangan dan ‘survive’ dengan keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing.

  • Membaca buku berkaitan kewangan

Sebelum anda meleburkan diri dalam melabur emas, bisnes, tanah dan sebagainya, laburkan dulu untuk pengetahuan anda. Beli buku dan membaca, dapatkan ‘exposure’ atau cari rakan yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan anda. Ini adalah kerana dapat membantu anda dalam dunia kewangan.

  • Berfikir sebelum berbelanja

Simpan sebahagian duit gaji di tempat yang tidak ada ‘withdraw service’. Sebagai contohnya amanah saham. Ini adalah waktu yang sesuai untk anda mulakan menabung sebelum anda terikat dengan mana-mana komitmen seperti berkahwin.

  • Berikan duit kepada ibubapa

Walaupun ibubapa anda sudah memiliki pendapatan sendiri, anda perlu juga memberikan mereka merasa dari hasil titik peluh anda kepada mereka. Ini adalah kerana mereka akan mendoakan hidup anak mereka senang di kemudian hari. Doa setiap ibubapa adalah senang untuk dimakbulkan.

  • Target simpanan

Anda boleh kategorikan simpanan anda mengikut keperluan. Contohnya :

– Simpanan untuk kahwin
– Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah
– Simpanan untuk perubatan
– Simpanan untuk membeli kereta
– Simpanan untuk membeli rumah
– Simpanan untuk hobi, holiday dan sebagainya

Para pascasiswazah harus tahu mengapa anda perlu ada duit simpanan. Duit simpanan untuk duit kegunaan semasa anda dalam kecemasan. Duit simpanan juga adalah untuk anda capai cita-cita masa depan anda, dan hidup dengan lebih selesa. Semakin lama, duit makin susut nilainya (inflasi). Barang-barang keperluan semakin mahal. Akan tetapi ada satu perkara yang tidak meningkat seperti GAJI. Demi masa depan anda dan generasi anda, keluar dari dunia yang penuh penipuan dan hiduplah dalam realiti.

KOMEN ANDA

Satu Respon

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL