no comments

Jawatan Kosong: Pensyarah ASASI Pintar Kemasukan April 2016

Pusat PERMATA pintar memerlukan calon yang berkelayakan untuk  mengisi jawatan sebagai Pensyarah ASASIpintar bagi kemasukan 2016. Kami memerlukan warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Pusat PERMATA pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN: Pensyarah (DS51)

BIDANG

1) Fizik
2) Kimia
3) Kalkulus Vektor
4) Penaakulan Mantik

KELAYAKAN

Sekurang-kurangnya Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang seperti yang dinyatakan di atas.

Ijazah Sarjana Muda: 3.00 (CGPA)
Ijazah Sarjana: 3.60 (CGPA)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat tambahan: Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, kreatif, kritis dan komited, bersedia mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal.

KEMASUKAN: April 2016

CARA MEMOHON

Pemohon diminta membuat permohonan dengan mengisi borang PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK (UKM-SPKP-JP-PK01-BO02 Permohonan Jawatan Akademik) dari laman web UKM dan menghantarnya kepada Dr Azizah binti Mohd Zahidi, Ketua Program ASASI, Pusat PERMATApintar Negara. Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah diposkan ke alamat yang dinyatakan di bawah. Permohonan melalui email tidak akan dilayan.

*Sila catatkan ‘PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK PROGRAM ASASI PINTAR’ di sudut kiri atas sampul surat permohonan

Slik klik untuk borang permohonan jawatan akademik UKM – UKM-SPKP-JP-PK01-BO02-Permohonan-Jawatan-Akademik-Application-For-Academic-Post1

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31.01.2016

Untuk maklumat lanjut, hubungi :-
Dr Azizah binti Mohd Zahidi
Ketua Program ASASIpintar
Pusat PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

No. Telefon: 03-8921 7515 / 7513

 

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL