no comments

Tips Elak Dari Bercakap Lebih Banyak Semasa Temuduga

Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal atau bercakap tanpa henti. Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang
  • Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan
  • Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga beranggapan negatif kepada calon
  • Ia memberikan imej gopoh kepada calon
  • Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga

Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya

Oleh yang demikian, sebagai kesimpulan calon hendaklah bercakap dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL