no comments

Ciri-ciri Resume Yang Baik

Di dalam usaha calon mencari pekerjaan, banyak faktor yang akan mempengaruhi bakal majikan anda untuk mengambil anda sebagai pekerja mereka. Ada beberapa ciri yang dilihat oleh bakal majikan yang akan memberikan kelebihan kepada anda.

Salah satu cara untuk bakal majikan mengenali dan seterusnya mendapat gambaran tentang anda adalah resume. Resume sangat penting terutamanya kepada semua yang mencari kerja. Resume adalah amat penting untuk membantu anda dipilih pada pusingan pertama sebelum ke proses seterusnya sebelum temuduga. Antara ciri-cirinya adalah :

  • Resume yang memerlukan keperluan majikan.

-Pastikan resume yang anda tulis berdasarkan pada kriteria yang diperlukan oleh bakal majikan. Tapi jangan menipu hingga menyamai kriteria yang diperlukan. Tonjolkan kekuatan anda jika kirteria yang diminta tidak banyak persamaan

  • Resume yang menunjukan kelebihan anda sebagai aset bakal majikan.

-Di sini perlu “Stand out”. Tunjukkan yang anda adalah aset terbaik bakal majikan jika terpilih untuk menyertai syarikat beliau. Kongsikan pencapaian terbaik anda semasa di syarikat lama.

  • Resume yang terang dan jelas.

-Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa proses menyaring resume-resume tersebut, purata masa yang diambil untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.

  • Resume yang ringkas dan padat.

-Kalau boleh resume adalah ringkas dan padat tetapi penuh dengan maklumat yang boleh membuatkan bakal majikan anda tertanya-tanya mengenai anda. Dengan ini, anda boleh gunakan ini sebagai batu loncatan untuk menguasai sessi temuduga.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL