no comments

Cara Pilih Tajuk Tesis

Penyelidikan adalah aktiviti yang mengujakan. Pemilihan tajuk adalah perkara yang sangat penting bagi menarik perhatian supervisor. Berikut disertakan tips untuk mencari tajuk tesis yang sesuai bagi mahasiswa:

  • Langkah pertama adalah berbincang dengan penyelia tesis anda. Mungkin penyelia anda mempunyai tajuk tertentu untuk anda. Dan adakalanya penyelia mempunyai gerak kerja penyelidikan yang membolehkan anda turut serta dalam kajian tersebut.
  • Langkah kedua, sekiranya penyelia tidak menetapkan sebarang topik untuk anda, calon harus untuk memilih satu subjek/kursus/kuliah yang paling anda gemari. Fokus terhadap topik berkenaan dan ianya akan membangkitkan rasa ingin tahu yang tinggi. Selain itu juga, ini mendorong anda untuk memudahkan kerja anda.
  • Seterusnya buat kajian atau carian jurnal secara online mengenai tajuk tesis anda seperti Oxford Journal. Masukkan kata kunci berasaskan topik yang anda minati. Sekurang-kurangnya 10 artikel  yang terkini sebagai rujukan. Calon juga harus semak trend, metodologi dan dapatkan kajian terkini.
  • Calon diharuskan untuk menghadiri seminar atau diskusi sama ada secara bersemuka atau maya, membaca artikel atau buku, aktifkan seluruh pancaindera anda dan membuat pemerhatian terhadap apa yang boleh diperoleh daripada pembacaan dan info terkini dari laman sesawang yang boleh dipercayai. Mungkin anda boleh mendapat cetusan idea yang menarik dari situ.
  • Terdapat tiga jenis kajian yang anda boleh lakukan. Yang pertama, fokus kepada kekuatan. Yang kedua, fokus kepada kelemahan dan yang ketiga ialah fokus kepada kekuatan dan kelemahan. Anda menentukan yang mana anda lebih selesa dan ia dapat membantu anda menetukan tajuk yang lebih spesifik bagi kajian anda.
  • Semak tempoh masa pengajian dan tempoh masa khas yang diberikan untuk menyempurnakan tesis. Pilih kajian dan metodologi yang anda boleh laksanakan dalam tempoh yang diberikan. Tesis yang sempurna adalah tesis yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat. Pilih tajuk yang mencabar daya intelektual dan rasa ingin tahu. AMARAN!! Jangan memilih yang terlalu mudah dan yang terlalu sukar sehingga menjadikan anda mustahil untuk bergraduat dalam tempoh yang diberikan.
  • Bincangkan tajuk tersebut dengan rakan atau penyelia tesis anda. Buka minda untuk sebarang kritikan, cadangan dan penambahbaikan. Dapatkan persepakatan bersama dengan penyelia terhadap tajuk tesis yang hendak dilaksanakan.
KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL