no comments

Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi) 2016/2017

Tentang Biasiswa

Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menawarkan calon-calon yang berkelayakan dalam kalangan Anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam peringkat Ijazah Pertama secara sepunuh masa.

Bagi kemasukan pada bulan Febuari / Mac, tarikh tutup adalah pada 5 Febuari 2016. Manakala tarikh tutup untuk kemasukan bulan September adalah pada 12 Ogos 2016. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Tarikh Tutup: 5 Febuari 2016 (Jumaat) – Kemasukan Feb / Mac

Program Tajaan Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi):

  • Undang-undang
  • Perakaunan
  • Kejuruteraan
  • Senibina
  • Ukurbahan
  • Veterinar
  • Akaun / Kewangan
  • Teknologi Komputer dan Maklumat
  • Ekonomi
  • Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan
  • Psikologi dan Kaunseling
  • Sains Gunaan
  • Sains Sosial
  • Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP

BACA: Tawaran Biasiswa Untuk Program Master 2016 Di Universiti Nottingham

Kriteria

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan);
  • Pemohon / ibu / bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan;
  • Jumlah pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM1,000 sebulan;
  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM dan lulus semua mata pelajaran;
  • Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dan lulus semua mata pelajaran STPM, matrikulasi, asas, pra-universiti, atau diploma;
  • Pengajian di peringkat ijazah pertama sahaja;
  • Mempunyai sahsiah diri dan personaliti yang baik;
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain;
  • Tawaran tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian daripada IPTA, kemasukan ke semester 1 tahun 1, dan pengajian secara sepenuh masa.

Cara Untuk Memohon

  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi;
  • Pastikan Borang Permohonan diisi dengan betul dan lengkap menggunakan pen dan dengan HURUF BESAR;
  • Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport;
  • Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan gred A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:
    1. Sijil kelahiran
    2. Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga
    3. Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
    4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA
    5. Keputusan / transkrip peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, atau Diploma serta surat sokongan daripada pemimpin masyarakat setempat.
  • Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan hantarkan ke Yayasan Wilayah Persekutuan:

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Tingkat 11, Menara DBKL 3,
Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur
Tel: +603 2698 3073
Faks: +603 2698 3075

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.

pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.

BACA: Tawaran Biasiswa Untuk Program Master 2016 Di Universiti Nottingham

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL