no comments

Tips Untuk Menghadapi Temuduga

Persaingan untuk mendapat tempat dan diambil bekerja menjadi semakin sengit pada masa ini. Semakin ramai graduan dan profession yang bertukar tempat kerja bertanding untuk memohon jawatan yang sangat terhad. Jadi apa peluang anda sebenarnya? Untuk pastikan peratusan anda berjaya mendapat kerja tinggi, maka persiapan yang rapi menjadi satu kewajipan. Untuk mempersiapkan diri supaya anda kelihatan dan diyakini lebih berkelayakan, persediaan penting sebelum dan selepas temuduga harus diambil kira.

Sebelum Temuduga

  • Calon harus kaji mengenai latar belakang dan perniagaan syarikat yang anda sedang mohon. Lakukan kajian berkaitan fakta dan anka tentang syarikat, fahami misi dan visi syarikat dan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada pelanggan. Bayangkan anda dari sebahagiaan dalam syarikat tersebut akan membuatkan panel temuduga berasa anda sudah memahami mereka. Peluang peratusan kejayaan anda akan menjadi lebih besar.
  • Sentiasa bersedia dengan segala jenis soalan yang biasa ditanya semasa temuduga yang terdapat di internet. Selain itu juga, cuba sediakan beberapa soalan yang mungkin calon ingin tanya kepada panel temuduga kemudian.
  • Penampilan calon harus kemas, kelihatan professional, bersih dan menarik. Cara berpakaian adalah perkara pertama yang paling mudah untuk panel nilaikan. Pastikan rambut disikat rapi, pakaian tidak kedut, kasut bersih, tidak memakai terlalu banyak aksesori perhiasan dan tidak memakai haruman yang terlalu kuat.

Semasa Temuduga

  • Menepati masa. Pastikan anda sampai awal sebelum sesi temuduga anda bermula. Kelebihan sampai awal anda tidak akan berasa panik dan mungkin menganggu fokus anda kemudian. Jika anda tidak menepati masa, ia akan memberikan anggapan negatif panel yang menemu ramah kepada kredibiliti anda
  • Calon harus bertindak sebagai seorang yang ramah dan profesional. Ia akan memberikan anda imej yang positif dan anda akan dianggap sedia bekerjasama dalam pekerjaan.
  • Menjawab soalan dengan penuh keyakinan, tersusun dan jalinkan ‘eye contact’ dengan panel temuduga

Selepas Temuduga

  • Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga. Nyatakan penghargaan anda di atas peluang berharga yang mereka berikan kepada anda.
  • Dan yang terakhir bertenang dan bersabar menanti keputusan temuduga.
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL