no comments

3 Senjata Rahsia Kejayaan Perniagaan

3 senjata rahsia ini adalah perkara asas yang telah diketahui dan biasa didengar, atas kelemahan dan kesibukan dalam urusan harian kita, mungkin kita belum memberi tumpuan sepenuhnya dalam 3 perkara asas yang akan anda ketahui sebentar sahaja lagi untuk diaplikasikan dalam perniagaan anda. Walaupun 3 senjata rahsia nampak macam mudah, akan tetapi kesemua 3 kaedah asas ini memerlukan banyak masa dan kesabaran untuk anda menempuh jalan-jalan kejayaan dalam pernigaan anda. Antaranya adalah :

  • Pemasaran – Tidak kira apa perniagaan yang anda jalankan, sekiranya anda tidak belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan anda, tidak siapa yang akan mengetahui akan kewujudan perniagaan anda. Akhirnya lama kelamaan perniagaan yang anda jalankan akan mati. Anda perlu belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan dan bukan hanya sekadar menjalankan iklan sahaja.

  Anda juga perlu tahu apa yang perlu dimasukkan ke dalam iklan, apa yang membuatkan sesuatu ikan itu baik, bagaimana untuk menulis ayat pengiklanan yang tepat dan memilih imej yang sesuai serta mempelajari semua bentuk pemasaran dan media yang boleh anda gunakan untuk memasarkan perniagaan anda. Anda perlu mempelajari teknik yang tepat dalam pemasaran dan media yang boleh anda gunakan untuk memasarkan perniagaan anda. Anda perlu mempelajari teknik yang tepat dalam pemasaran perniagaan anda jika tidak prospek tidak akan ketahui kewujudan perniagaan anda

  • Kegigihan– Jangan sekali-kali berhenti! Anda perlu sentiasa berusaha dan gigih meneruskan perniagaan pada peluang-peluang yang ada, anda perlu gigih walaupun  gagal pada kali pertama. Bersedia untuk mengambil bertahun-tahun untuk membina perniagaan anda. Bersedia untuk berada dalam keadaan  tertekan, rasa  ingin mengalah kerana peritnya untuk  menguruskan sesebuah perniagaan, bertengkar dengan pasangan anda sebab terlalu sibuk menguruskan perniagaan, atau apa-apa kemungkinan keadaan, anda perlu atasi keadaan itu  dalam cara yang terbaik
  • Khidmat Pelanggan– Kebanyakan orang berfikir jika mereka hanya menjual produk yang hebat  sahaja orang akan membeli. Sebenarnya, memberi layanan baik kepada pelanggan anda juga perkara yang perlu dititikberatkan. Bab dalam khidmat pelanggan ni memang susah untuk diurus, tambahan pula pelanggan yang cerewet. Memang sukar untuk diuruskan. Tetapi, melalui perkhidmatan ini, anda tetap menghormati dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi pelanggan anda dan buat mereka berasa istimewa. Mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda, mereka akan membeli dan terus membeli daripada anda.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL