no comments

5 Sikap Ini Harus Dihindari Oleh Pascasiswazah

Sikap keperibadian adalah sifat yang berasal dari kebiasaan sehari-hari yang anda lakukan dan sikap peribadi akan dibentuk sejak anda masih kecil dan biasanya akan mempengaruhi hingga ke dewasa. Anda harus ubah sikap anda untuk masa depan jika terdapat sikap negatif yang disenaraikan di bawah :

  1. Tidak percaya pada diri.

Salah satu kunci kejayaan adalah percaya pada diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Rasa tidak percaya pada diri, mungkin malu pada diri dan tidak yakin terhadap suatu pekerjaan. Ini boleh memberi kesan terhadap kualiti kerja yang anda lakukan.

2.   Lari dari tanggungjawab.

Sifat ini sangat bahaya kerana anda menjauh atau lari ketika anda harus menyiapkan sesuatu kewajiban atau menerima sesuatu kerja. Sifat ini juga akan memberi kesan negatif kepada diri anda sendiri kerana mereka akan memandang rendah terhadap anda. Oleh itu anda harus ubah sikap!Sikap ini membawa padah.

3.      Malas

Sifat malas adalah musuh yang paling besar kepada calon pascasiswazah kerana ianya akan menjejaskan kerja anda. Jika anda sering menangguhkan kerja, kualiti kerja anda akan terjejas dan supervisor anda akan labelkan anda sebagai pelajar yang pemalas.

4.    Berfikiran negatif

Dengan selalu berfikir negatif pada segala sesuatu yang ada dihadapan, anda akan menyebabkan persepsi anda pada semua objek yang anda lihat menjadi negatif. Hal ini akan menyebabkan kerja yang anda lakukan bertambah rumit kerana anda akan berfikir bahawa anda tidak dapat untuk melengkapkan sesuatu pekerjaan.

5.    Menangguhkan kerja

Sikap tangguh kerja ini merupakan satu sifat yang sering calon hadapi apabila anda terdapat pelbagai kerja yang harus dilakukan dan akhirnya anda menangguhkan kerja tersebut. Maka, kerja anda semakin bertambah dari masa ke semasa.

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL