no comments

5 Rahsia Menyiapkan Tesis Dengan Mudah

1) Improve Our Language/English Dan Buat Nota Bahasa Seiring Dengan Nota Topik PhD

Menulis memerlukan penguasaan bahasa. Pada awal permulaan PhD, pastikan kita sudah kenal pasti bahasa apa yang perlu diasah sedari awal untuk memudahkan penulisan di kemudian hari. Contohnya Bahasa Inggeris yang secara peribadi jika kita berusaha menguasai English sejak dari bangku persekolahan akan memudahkan banyak perkara. Namun, jangan takut untuk bermula walaupun kita rasa kita sudah terlewat. Membaca review articles, journals, newspapers, books dan pelbagai lagi dalam tahun-tahun PhD sangat membantu untuk menguasai bahasa.

Namun, perlu diingat. Kita bukan mahu menguasai English sebab kita mahu jadi English lecturers atau seumpamanya. SIMPLY BE CLEAR BAHAWA KITA NAK KUASAI ENGLISH UNTUK PASS PhD. Jadi, one way to improve and master the language is to read and understand the English language used in OUR FIELD. Don’t worry about anything more than that.

Saya sangat yakin para calon PhD akan membaca artikel dan buat nota, kan? Ada jenis orang yang buat nota scribbles dan terlalu pendek. Jadi, saya cadangkan kita ubah suai sedikit iaitu selain nota ringkas tentang topik PhD, kita baca, ingat dan buat nota bagaimana lenggok bahasa dan pengolahan yang ditulis dalam artikel-artikel penerbitan dalam bidang kita.

Contoh penulisan saintifik perubatan menggunakan bahasa yang lebih direct danstraight-forwardSimple dan tidak meleret.Vocabulary yang tinggi tetapi bukan bombastic. Kenal pasti dan buat nota BEBERAPA TERMA DAN PERKATAAN YANG SELALU DIGUNAKAN dan di mana digunakan. Sekaligus apabila kita faham tentang penggunaan bahasa sebegini, kita dapat mengelakkan plagiarism and repetition.

2) Pilih Format Tesis

Kita berhak memilih sama ada ingin menulis tesis dalam bentuk conventional atau publication. Saya memulakan PhD dengan meminjam beberapa naskhah tesis yang telah disiapkan oleh para pelajar terdahulu untuk mengenal pasti cara penulisan mereka. Melalui tesis-tesis ini, kita boleh melihat sejauh mana format itu sesuai dengan kita atau tidak.

Contohnya, seorang yang descriptive akan sukakan conventional thesis. Seorang yang ‘nak cepat siap’ seperti saya lebih sukakan publication format. Bergantung kepada setiap individu. Sama ada conventional atau publication, kedua-duanya mempunyai kesenangan dan kesukaran tersendiri. Saya berpendapat, tiada yang lebih baik daripada yang satu lagi. Kedua-duanya sama. Perbezaannya adalah cara tesis ditulis dan dipersembahkan sahaja.

Selain bacaan sendiri, banyakkan perbincangan dan tanya pendapat orang lain yang berpengalaman. Contohnya, bincangkan dengan supervisor(s) tentang format mana yang paling sesuai dengan gaya kita. Contoh praktikal lain adalah perbincangan di media sosial seperti dalam Doctorate Support Group di Facebook.

Saya telah memilih publication format. Salah satu sebabnya adalah format ini lebih menjimatkan masa yang diambil untuk menulis dan hampir tiada risiko kegagalan tesis apabila saya merujuk tesis-tesis para pelajar terdahulu. Saya pun jenis ‘nak cepat siap’ jadinya publication format is better, in my opinion.

Sebaik sahaja kita membuat pilihan, bincangkan dengan supervisor(s) tentang projek penyelidikan kita. Ada orang buat perbincangan tentang research projects terlebih dahulu. Either way tidak mendatangkan masalah as long as kita faham format mana yang terbaik dan paling sesuai dengan kita. Pilihlah format yang kita selesa dan yakin.

3) Rancang Masa, Set Our Milestone And Very Important When To Finish

Sebagai seorang penerima biasiswa kerajaan Malaysia, saya menanam impian untuk menjadi pelajar yang menyudahkan PhD dalam masa 3 tahun cukup supaya saya tidak perlu fikirkan lagi tentang memohon lanjutan biasiswa dan sebagainya. Semangat saya berkobar-kobar. Namun, semangat sahaja tidak cukup. Semangat ini perlu diiring dengan perancangan yang rapi dan teliti, dan paling penting adalah ACHIEVABLE PLAN.

Saya kongsikan bagaimana saya membuat perancangan milestone peribadi. Tahun pertama PhD di Australia memerlukan saya focus kepada kefahaman literature yang tinggi, adaptasi kepada suasana di tempat penyelidikan, menulis proposal, oral presentations yang banyak dan sebagainya. Jadi, FOKUS. Selepas tahun pertama selesai, saya dan isteri merancang kelahiran cahaya mata kedua kami. Tarikh kelahiran disasarkan selepas saya selesai seminars, conferences, reports dan lain-lain agar tidak menjejaskan PhD progress. Maka lahirlah si anak pada tahun kedua pengajian PhD. Nak sangat baby kedua lahir di Australia, kan? Heheh..

Oleh kerana saya telah merancang untuk menyempurnakan PhD pada tahun ketiga, maka tahun ketiga adalah tahun untuk fokus menyiapkan penyelidikan dan menulis tesis. Hidup merantau di tempat orang tidak menghalang kami untuk pulang ke Malaysia menziarahi keluarga. Kami rancangkan masa pulang ke Malaysia sesuai dengan masa ‘rehat’ PhD, contohnya pada musim panas (summer break). Saya mahu ingatkan, make sure apabila bercuti kita bercuti betul-betul. Jangan bawa balik kerja ke masa cuti. Nanti isteri membebel (alamak!).

Pada perancangan akademik, pastikan kita followbetul-betul apa yang dirancang. Ini tidak bermaksud kita menjadi terlalu rigid pada jadual. Tetapi ini bertindak sebagai guideline utama agar kita tidak bertindak sambil lewa tanpa susunan jadual yang serius. Saya mengambil inisiatif membincangkan perancangan akademik ini dengan supervisor(s) pada masa yang sama memastikan perancangan itu sesuai dan seiring dengan perancangan peribadi dan keluarga saya.

4) Bina Hubungan Baik Dengan Supervisor(s); To Understand And Agree

Ini SANGAT PENTING dan berkait rapat dengan Poin (3) di atas. Hubungan yang baik dengan supervisor(s) bakal menentukan sama ada kita boleh menyudahkan PhD dengan gembira atau sebaliknya. Saya mencadangkan supaya kita mengambil langkah berkongsi perancangan peribadi dan keluarga kepada supervisor(s) agar mereka faham komitmen kita kepada keluarga kita. Secara jujur, saya memberitahu mereka tentang aktiviti-aktiviti saya dengan badan tarbiyyah/dakwah, persatuan pelajar dan sebagainya – saya mengkategorikan ini sebagai leisure time saya untuk mengelakkan stress dan menenangkan fikiran. Jadi, mereka tidak membantah. Perancangan akademik perlu selari sekaligus tidak mengabaikan keperluan peribadi, keluarga dan selayaknya.

Namun, tidak cukup sekadar berkongsi dan merancang. Kita sebaiknya memastikan supervisor(s) memahami dan bersetuju dengan perancangan itu tanpa prejudis. Ya, key points adalah FAHAM dan SETUJU. Kita harus memastikan supervisor(s) faham perancangan itu secara keseluruhan dan bersetuju dengannya. Jangan main angguk-angguk. Jika dirasakan perlu, siapkan/tuliskan minit mesyuarat kita bersama supervisor(s) dan sediakan ruangan untuk ditandatangan oleh supervisor(s).

Jika tidak keterlaluan, budayakan sikap sosial yang positif bersama supervisor(s) dan rakan-rakan di pejabat/makmal/research team kita. Sebagai contoh, sekali-sekala keluar lunch bersama. Saya pernah secara santai memberikan coklat (beli semasa sales ada harga diskaun supaya jimat. Heheh) dan hadiah sebagai tanda terima kasih kerana mereka membenarkan saya pulang ke Malaysia menziarahi keluarga.

Kita boleh budayakan sikap bertanya khabar tentang keluarga selain isu akademik.

Jika diundang ke majlis-majlis, sertailah selagi mana tidak keterlaluan. Contohnya, majlis makan-makan dan engagement/wedding parties.

5) Pengetahuan Tentang Microsoft Words Dan Endnote

Menulis tesis adalah satu komitmen yang sangat tinggi. Cubalah bayangkan kita perlu menulis sekurang-kurangnya 200 muka surat kertas A4 dalam MICROSOFT WORD. It is a long document. Big and heavy too. Jadi kemahiran dan pengetahuan tentang Word amatlah penting. Selain dapat menaip dengan baik, pastikan kita tahu menggunakan “Writing Styles” seperti Heading 1, Heading 2…, memastikan page layout adalah betul mengikut requirement pihak universiti, menggunakan “References” untuk memasukkan Table of Content secara automatik, dan pelbagai lagi. Jika pihak university ada menyediakan kursus seperti ini, hadirilah. Jika tiada, carilah. Walaupun terpaksa mengeluarkan wang, ilmu ini amat bernilai dan sangat membantu proses penulisan kita.

Secara peribadi, saya menggunakan “Document Map” semasa menulis tesis untuk memudahkan saya melihat dan menyemak apa yang saya belum dan telah siapkan.

Kenal pasti cara atau FORMAT REFERENCING DANCITATION yang perlu kita gunakan. Adakah sekadar perlu menggunakan “Footnote” atau perlu menggunakan aplikasi lain? Saya menggunakan End Note untuk tujuan referencing. Sebagaimana pentingnya Word, begitulah pentingnya End Note.Be ready with a great computer yang boleh handle big files. EndNote akan melambatkan computersekiranya banyak references yang dimasukkan ke library kita. Masuklah ke bengkel End Note berbayar sekalipun jika pihak university tidak menganjurkan kursus sebegini. In-syaa-Allah tidak rugi.

Sumber : Petua Menyiapkan Penulisan Tesis

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL