no comments

Mengapa Anda Perlu Membuat Master / PhD ??

“Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Ketahuilah! Ilmu tidak akan sapat diperolehi oleh orang-orang yang hanya mementingkan makanan dan pakaian. Ilmu akan datang kepada orang-orang yang hidupnya sederhana. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyak! Walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti, engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu” – Imam Syafie

PhD-TransparentWIthName

PhD adalah satu program akademik yang unik yang dengan calon PhD membuat research sebagai latihan praktikal dengan matlamat menguasai kemahiran yang perlu sebagai researcher yang kompeten. Oleh yang demikian, PhD adalah latihan praktikal untuk kajian. Maka terdapat pendapat yang lain apabila meletakkan pelbagai gesaan seperti berikut :

Kajian phD hendaklah;

  • Menyelesaikan masalah negara
  • Menghasilkan sesuatu yang boleh mengubah pelbagai polisi
  • Menghasilkan penyelesaian masalah untuk masyarakat yang sebelum ini tidak dapat diselesaikan

Tujuan utama membuat PhD atau Master adalah untuk melahirkan “An independent competent researcher” yang boleh menjalankan kajian dalam bidang yang calon minati dan ada pengetahuan mengenainya secara sistematik dan sainstifik lalu menyumbang kepada “The Body of Knowledge”. Maka dengan itu, proses membimbing dan memastikan calon PhD menjalankan kajian secara sistematik dan saintifik sebagai syarat menjadi researcher yang kompeten adalah lebih utama dari menggesa calon PhD membuat kajian yang kononya “dapat menyelesaikan masalah negara”

Supervisee perlukan bimbingan supaya memiliki keupayaan membuat review yang kritis kepada masalah kajian secara mendalam dan fokus sehingga akhirnya menjadi mahir dalam bidang tersebut. Disebalik setiap kajian, calon mestilah berupaya melihat skop yang baru walaupun pada masalah yang lama. Selari dengan perkembangan pengetahuan dalam teori, analisis dan rekabentuk serta instrument kajian dan inilah yang perlu dipupuk oleh Supervisor. Juga keupayaan menganalisi masalah dari perspektif baru menyumbang pengetahuan, menulis artikel yang lebih komprehensif sebagai persiapan menjadi penyelidik yang tersohor. Semua ini adalah sebahagian dari keupayaan yang perlu dicurahkan oleh supervisor kepada calon PhD. Supervision yang baik akan meningkat kualiti calon PhD dan menghasilkan jugak research yang berkualiti.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL