no comments

10 Soalan Bocor Dalam Temuduga

Temuduga adalah proses yang paling kritikal sekali di dalam proses permohonan pekerjaan. Hal ini kerana, anda harus mempersiapkan diri dengan sebaiknya samada dari segi fizikal dan mental. Kali ini anda akan diberi tips menghadapi 10 soalan yang paling umum dan sukar di dalam sesebuah temuduga kerja.

1.     Beritahu kami tentang diri anda?
Biasanya, soalan ini adalah soalan pembuka. Oleh itu, jangan habiskan masa terlalu lama untuk menjawabnya. Berikan jawapan yang dari segi empat perkara ini, iaitu; tahun-tahun terakhir pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan pengalaman kerja semasa.

2.     Apa yang anda tahu mengenai kami?
Ketika anda diajukan oleh soalan ini, anda diharapkan oleh penemuduga untuk mengulas mengenai produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat, objektif, masalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah organisasi. Berikan jawapan yang menunjukkan anda meluangkan masa untuk mencari maklumat mengenai organisasi tersebut. Tetapi janganlah anda bercakap seperti anda tahu semua tentang organisasi tersebut. Tunjukkan keinginan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi tersebut, dan jangan memberikan jawapan yang negatif seperti “Saya tahu syarikat ini mengalami masalah”. Tekankan keunggulan dan kejayaan organisasi serta minat anda terhadap organisasi.

3.     Apa yang dapat anda berikan kepada kami (yang orang lain tidak boleh beri)?
Sebutkan prestasi dan pencapaian kerjaya yang telah anda capai. Sebutkan kemampuan dan perkara-perkara yang menarik perhatian penemuduga, nyatakan bagaimana anda lakukannya.

4.     Nyatakan kemampuan anda menentukan kepentingan, mengenalpasti masalah, dan apa yang paling menarik bagi anda bagi jawatan yang dipohon? Dan apa yang paling tidak menarik?
Sebutkan tiga atau empat faktor menarik dari pekerjaan yang anda ingin miliki ini dan satu faktor yang kurang menarik bagi anda.

5.     Mengapa kami harus mengambil anda bekerja?
Soalan ini sama seperti soalan nombor empat tadi, sebutkan sahaja kelebihan diri anda yang mampu menyokong organisasi ini.

6.     Apa yang anda cari di dalam sesuatu pekerjaan?
Berikan jawapan yang berkaitan dengan peluang di dalam organisasi. Beritahu penemuduga sekiranya anda ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam oragnisasi di masa akan datang. Hindari jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.

7.     Bagi anda, apa definisi dari jawatan yang anda pohon ini?
Berikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang anda pohon itu. Pastikan anda tahu mengenai jawatan tersebut sebelum anda menjawabnya.

8.     Berapa lama waktu yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada kami?
Berikan jawapan yang realistik. Beritahukan penemuduga, walaupun anda akan berusaha mengatasi segala harapan orang atasan kepada anda dan mendapat kritikan dari hari pertama, anda memerlukan sekitar enam bulan untuk betul-betul mengenali organisasi tersebut dan keperluannya.

9.     Berapa lama anda akan bersama kami?
Beritahu kepada penemuduga bahawa anda sangat berminat bekerja bersama oragnisasi tersebut. Anda mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan mencapai matlamat organisasi bersama.

10.   Kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda sebelum ini?

Anda sebaiknya menjawab soalan ini dengan jujur namun ringkas dan jelas termasuk jika hal anda dipecat dari pekerjaan sebelum ini. Walaubagaimanapun, anda sebaiknya jangan menyebut tentang konflik peribadi. Anda perlu menjangkakan bahawa penemuduga mungkin akan bertanya banyak soalan tentang masalah ini, jangan sampai anda beremosi.

Kesimpulan

Anda seharusnya tenang ketika sesi temuduga dijalankan dan jawapan yang dijawab dapat memenuhi  kehendak penemuduga

Sumber : Blogger Media

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL