no comments

Skandal Kewangan Syarikat Daripada Perspektif Skeptisisme Juruaudit

76-600x850

Juruaudit bertanggungjawab memberi perakuan munasabah sama ada penyata kewangan yang diaudit bebas daripada salah nyata material akibat kesilapan atau fraud. Kajian lepas menunjukkan yang keupayaan juruaudit mengesani fraud dipengaruhi sikap skeptisisme profesional di samping pengaruh faktor lain seperti pengalaman, tekanan masa dan persekitaran kawalan pelanggan. Kejadian fraud yang sering ditemui selepas kerja audit selesai menimbulkan persoalan tentang sejauh mana juruaudit mengamalkan sikap skeptisisme profesional. Pembuat dasar mendakwa ketiadaan penekanan terhadap sikap skeptikal menyebabkan juruaudit gagal mengesani fraud. Juruaudit dituntut oleh pembuat dasar supaya bersikap skeptikal apabila melaksanakan pembuktian risiko salah nyata material akibat fraud.

Buku ini mengupas skeptisisme profesional terhadap penilaian risiko salah nyata material dan kesannya oleh faktor pengalaman, tekanan masa kerja dan persekitaran kawalan pelanggan. Buku ini juga membincangkan bagaimana sikap skeptisisme profesional terbentuk dalam diri juruaudit. Sikap skeptisisme profesional terbentuk secara berperingkat bermula dengan pemahaman konsep skeptisisme profesional, pemindahan maklumat yang membawa pada tabiat harian juruaudit, perkongsian maklumat, penyebatian sikap dalam diri dan memori juruaudit, serta tindakan juruaudit melalui perilakunya. Buku ini menerangkan amalan skeptisisme profesional oleh juruaudit semasa menjalankan kerja audit. Buku ini diharap memberi input terhadap penyediaan garis panduan supaya lebih jelas dan komprehensif bagi meningkatkan pelaksanaan skeptisisme profesional di kalangan juruaudit.

TENTANG PENULIS

Sayed Alwee Hussnie Sayed Hussin, telah memulakan tugas sebagai juruaudit di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan (1997 sehingga 2007); Bahagian Audit Dalam, Jabatan Pedana Menteri (2007 sehingga 2010); Bahagian audit Dalam, Perbendaharaan Malaysia (Julai Sehingga Disember 2010); dan melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Doktor Falsafah (Perakaunan) (2011 sehingga 2014).Beliau kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Audit, Cawangan Kerja Raya, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2015) serta Akauntan Berdaftar, Malaysian Institute of Accountants. Bidang kepakaran beliau ialah profesionalisme juruaudit dan penilaian risiko fraud. Pada tahun 2012 hingga 2014, beliau merupakan Pasukan Projek “A Study of Skepticism Traits in Auditing Financial Statement” di bawah kelolaan International Association for Accounting Education and Research (IAAER), bertujuan menambah baik piawaian pengauditan di peringkat antarabangsa. Penyelidikan tersebut melibatkan peserta juruaudit Negara Amerika Syarikat, Australia, Jordan, Indonesia dan Malaysia. Artikel beliau pernah diterbitkan dalam Asian Journal of Accounting and Governance (2013), Journal of Academic Minds (2013) dan Procedia Economics and Finance (2015), selain daripada proceedings pembentangan dalam dan luar negara.

Buku ini boleh didapati menerusi laman web Postgraduate Bookstore

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL