no comments

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Pahang

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang sebagai :

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 DAN SETIAUSAHA PEJABAT N27 SECARA KONTRAK.

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
GRED : U29
SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:

 (a) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah daftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia ; (Gaji Permulaan ialah pada RM1687.59)

dan

(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SETIAUSAHA PEJABAT
GRED : N27
SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada RM1362.00) atau

ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada RM1661.95) atau

iii) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TARAF JAWATAN: KONTRAK

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

(d) Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

(e) Setiap permohonan MESTILAH  disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan benar dan mengikut susunan berikut :

i) Salinan Kad Pengenalan

ii) Salinan Sijil MCE/SPM, HSC/STPM atau setaraf

iii) Diploma UiTM/Politeknik atau setaraf

iv) Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

(f) Permohonan yang tidak lengkap/diterima lewat daripada tarikh tutup yang ditetapkan tidak akan diproses.

(g) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan  dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

BORANG PERMOHONAN : Borang

dan KLIK SINI untuk maklumat lebih lanjut.

TARIKH TUTUP : 20 JANUARI 2016

CARA-CARA MEMOHON :

Permohonan yang telah lengkap diisi, sila majukan ke alamat berikut:

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Cawangan Pahang Kampus Jengka
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengla
Pahang Darul Makmur

No.Tel: (09) 4602032/2033/2029

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL