no comments

5 Sikap Mempengaruhi Kejayaan Hidup

Berdasarkan hasil kajian terdapat golongan yang berjaya, 85% kejayaan yang dimiliki oleh indiidu yang berjaya adalah dipengaruhi oleh sikap manakala 15% lagi adalah dari segi kepakaran atau teknikal. Sikap memainkan peranan yang posirif untuk berjaya. Calon pascasiswazah selalu ingat bahawa untuk berjaya harus berfikiran positif, maka dengan itu calon pascasiswazah cuba memikirkan semua urusan secara positif. Menurut kata pakar motivasi sebut perkataan yang positif setiap hari, ulangi kata-kata positif setiap waktu, lakukan pekerjaan dengan cara yang positif. Oleh yang demikian, bagaimana untuk mendapatkan sikap positif?

  1. Berfikiran Positif BUKAN Lakonan.

Ia perlu lahir daripada pemahaman yang betul terhadap keupayaan dan kehebatan minda. Tiada gunanya berfikir secara positif tetapi jauh di sudut hati masih ada rasa takut, tidak percaya, tidak yakin, buntu, malas, risau, gelisah, gundah, kecewa dan sebagainya. Sekiranya perasaan ini masih timbul jauh di sudut hati, walaubagaimana calon pascasiswazah paksa sekali pun, pemikiran positif itu tidak mampu hadir. Berfikiran positif dan bersikap positif berlagak positif bukan boleh dilakonkan. Mungkin calon boleh rasakan tetapi begitu sekejap ia dating dan selebihnya calon masih diselimuti rasa negatif.

  1. Keyakinan Diri.

Para calon pascasiswazah, untuk berjaya calon harus memiliki sikap untuk berjaya. Calon pascasiswazah mesti yakin dengan diri sendiri dan mesti percaya dengan diri sendiri. Bayangkan andainya calon pascasiswazah tidak mempercayai diri sendiri, bagaimana kita hendak mendapatkan kepercayaan orang lain. Tuan punya diri tidak percaya pada dirinya, tetapi mengharapkan agar orang lain member kepercayaan kepada kita. Jadi sikap yakin kepada diri sendiri yang paling utama harus dipupuk agar kita mampu mendapatkan kepercayaan orang lain. Ini penting dalam urusan perniagaan.

  1. Istiqawah dan Tidak Putus Asa

“………..janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah…….” (al-Zumar: 53)

Calon pascasiswazah perlu teruskan usaha tanpa ada rasa kecewa atau putus asa. Untuk berjaya, istiqamah amat penting.  Ramai dalam kalangan calon yang terlalu rakus dalam mengejar kekayaan. Kekayaan tidak dating dalam sekelip mata dan ia tidak akan hadir tanpa usaha. Kekayaan segera hanyalah bersifat sementara waktu, calon mungkin tidak berapa setuju dengan kenyatan ini tetapi percayalah kajian membuktikan kekayaan yang hadir dalam sekelip mata akan musnah dalam sekelip mata juga.

Usaha yang berterusan akan mempastikan keyajaan yang berkekalan. Kejayaan seperti ini akan melahirkan rasa kepuasan dan keberkatan yang lebih kepada kita. Tingkatkan mutu kerja hari demi hari sehingga pada suatu ketika nanti apabila kita sedari kita telah pun berada di puncak kejayaan dan kekayaan. Ketika ini rasa kepuasan dan kesyukuran yang tiada terhingga sahaja yang mampu kita panjatkan pada illahi.

  1. Beralasan

Selain daripada itu,sikap yang suka memberi alasan juga bakal menutup potensi diri kita. Untuk mencapai kejayaan, calon pascasiswazah sepatutnya tidak boleh member apa-apa alasan kecuali berusaha. Sekiranya alasan yang kita bina itu lebih kuat daripada kehendak untu berjaya oleh yang demikian, kejayaan masih jauh daripada kita. Terdapat pelbagai cara manusia boleh mencipta kekayaan. Sebagai contoh, kiosk yang menjual selipar yang kita sering lihat di gedung pasaraya di sekitar kita itu mampu untuk memberi pulangan yang lumayan setimpal dengan gaji ‘senior manager’ kepada pemiliknya. Apa pemiliknya perlu buat hanyalah berusaha dengan memastikan bahawa kedainya sentiasa terbuka.

  1. Minat Terhadap Kerja

Ramai di antara kita yang mempunyai pemahaman bila mereka mengambil keputusan untuk berniaga. Minat terhadap kerja juga boleh mendatangkan kejayaan dalam sesuatu kerjaya. Apabila menceburi dalam bidang perniagaan budaya kerja yang cemerlang itu kita hanya perlu pindahkan kepada perusahaan kita. Dari situ kita akan dapat mencetuskan momentum dan seterusnya menghasilkan produktiviti untuk syarikat. Di samping calon minat terhadap kerjaya masing-masing, calon pascasiswazah harus fokus dengan kerjaya masing-masing.

Mutiara Kata Dari Khalifah Ali bin Abi Talib:

“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani”

Sumber: Zainita Hussain

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL