no comments

Tawaran Biasiswa Di Universiti Nottingham, UK Telah Dibuka Sekarang!

Universiti Nottingham menawarkan biasiswa secara meluas untuk pelajar antarabangsa bertujuan untuk mendorong kecemerlangan dan menggalakkan kepelbagaian bidang dalam kalangan pelajar di universiti tersebut. Ditubuhkan pada 2001, Developing Solutions merupakan biasiswa antarabangsa yang disediakan oleh pihak Universiti Nottingham untuk pelajar pascasiswazah Program Sarjana. Dalam tempoh 12 tahun yang lepas, universiti tersebut telah menyokong lebih 1,000 pelajar dari negara-negara membangun Komanwel dan Afrika untuk belajar di Universiti Nottingham. Tawaran biasiswa terkini bagi tahun 2016 masih dibuka sehingga 22 Mei 2016.

Subjek:

Biasiswa disediakan untuk pelajar sepenuh masa Program Sarjana, termasuk MRes, di Nottingham untuk bulan September 2016.

Fakulti Yang Menawarkan Biasiswa:

  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Sains Sosial

Penaja:

Nottingham Developing Solutions Scholarships

Kelayakan:

Anda boleh memohon biasiswa ini jika anda:

  • adalah warganegara Malaysia
  • dikelaskan sebagai seorang pelajar luar negara untuk tujuan yuran DAN
  • tidak pernah belajar luar dari Malaysia DAN
  • tidak belajar di mana-mana kampus Universiti Nottingham pada masa ini atau bukan siswazah Universiti Nottingham DAN
  • memegang tawaran untuk memulakan program ijazah sarjana sepenuh masa, termasuk MRes, di Nottingham untuk bulan September 2016 dalam Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Sains dan Fakulti Sosial Sains.

BACA: Biasiswa Janssen Pharmaceutica MSc Global Mental Health Di UK

Penerangan Biasiswa:

Biasiswa pasca siswazah disediakan untuk pelajar ijazah sarjana untuk September 2016 di Universiti Nottingham, UK.

Cara Permohonan:

Tarikh Tutup Permohonan:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mei 2016.

Hubungi:

International Office

C Floor, YANG Fujia Building
Jubilee Campus, Wollaton Road
Nottingham, NG8 1BB, UK

t: +44 (0) 115 951 5247
f: +44 (0) 115 951 5155

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL