2 comments

Mengapa Perlu Menyambung Pengajian ke Peringkat Master atau terus ke PhD ??

Nota Editor: Kami menceritakan kisah ini dari sebuah blog Dunia Ini Rojak. mengenai Jom Sambung Belajar Nak??? – Master atau Terus ke PhD. Kami berharap dengan berkongsi kisah ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Cerita dari seorang rakan. Seorang bakal pelajar PhD dari Segamat, datang membuat temujanji di satu pagi, untuk bertanyakan tentang peluang belajar di UTM. Bila bercakap tentang biasiswa..

“Bakal pelajar – Dr. ada cadangan tak di mana saya boleh mohon scholarship ke, kerja dalam kampus ke?

Penyelia – Ada beberapa pilihan. Sejak awak akan sambung sepenuh masa, tak ada kerja tetap lagi, cubalah mohon biasiswa MyPhD atau biasiswa Zamalah. Kalau nak kerja, boleh mohon jadi pembantu pegajar nanti…tapi biasanya semester kedua baru boleh mohon. Semester pertama boleh cuba mohon apa-apa skim pelajar nanti.

Bakal pelajar – Ooo ya ke? Biasiswa MyPhD tu saya pernah dengar. Sama dengan myBrain 15 kan? Pernah jumpa websitenye…dari KPM kan? Nanti saya cuba mohon.

Penyelia – Haah..MyPhD biasiswa daripada Kementerian Pelajaran. Cuba juga mohon biasiswa UTM sendiri…Biasiswa Zamalah.”

Nota kaki kiri:

Zamalah merujuk kepada nama biasiswa.

Dialog yang di paparkan di atas ini berlaku beberapa bulan yang lalu antara seorang rakan sekerja dan seorang bakal pelajar pasca-siswazah dan pada hari ini, saya terfikir ada baiknya kita kongsikan sesuatu di sini bersama dengan para pelajar siswazah yang semuanya merupakan calon bakal pascasiswazah suatu hari nanti. Sama ada percaya sebahagian daripada anda yang sedang membaca artikel ini mungkin sedang berada di tahun akhir pengajian di peringkat Sarjana Muda dan semester ini atau mungkin semester hadapan merupakan semester terakhir anda di sini. Apa perancangan seterusnya?

  • Balik kampung…menghabiskan koleksi butiran beras ibubapa sementara menunggu surat untuk posting
  • Mencari kerja sambilan sementara menunggu surat untuk posting
  • Balik kampung…tunggu dipinang atau dikahwinkan
  • Ntah…tak ada apa-apa perancangan ..nak berehat. Penat ooo belajar 4 hingga 5 tahun ni. Malas nak fikir apa-apa lagi.

Maka..apa kata, bukakan pintu hati itu untuk mencuba sesutau yang lebih mencabar..apa kata fikir-fikirkan peluang untuk mungkin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi…postgraduate (sarjana atau terus ke peringkat Doktor falsafah atau PhD bagi yang berkelayakan) misalnya.

Mengapa perlu untuk sambung belajar lagi ya? Ilmu yang diperolehi di sepanjang 4 atau 5 (atau 6) tahun pengajian sudah cukup rasanya untuk meletakkan diri anda sebagai seorang yang berada dalam liga manusia yang berilmu. Atau bagi anda yang sememangnya telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan sedang bekerja…pasti kalau tidak banyak, sedikit pasti ada niat dan keinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mengapa agakya?? Terdapat pelbagai sebab antara yang paling utama (dalam konteks pelajar dan bekas pelajar Fakulti Pendidikan):

  • Sekiranya anda bercadang untuk menjadi guru, pastinya ia menjadi satu bonus kerana anda telah bersedia dengan kelulusan Sarjana dan boleh memberikan komitmen dalam tugas…tak perlulah fikir-fikir dah bila nak sambung belajar dan sebagainya.
  • Suatu hari nanti pastinya ada arahan atau makluman yang menyatakan setiap guru sekolah menengah mempunyai kelulusan yang lebih tinggi daripada Sarjana Muda. Sekurang-kurangnya anda telah bersedia dengan sijil yang diperlukan atau pun dengan tambahan ilmu, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk meneruskan bidang kerjaya dengan lebih cemerlang.

Layakkah saya nak sambung belajar ni?

Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana :

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (CGPA mestilah 3.0 dan ke atas)
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (dengan pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan-CGPA mestilah 2.7 ke atas (>1 tahun pengalamn kerja),2.5 ke atas(>3 tahun pengalaman kerja), 2.3 ke atas (>5 tahun pengalaman kerja)

Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) – Pelajar Normal

  • Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang yang bersesuaian

Untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) – Pelajar tak normal – Fast Track

Untuk pelajar-pelajar yang cemerlang semasa pra-siswazah dan memperoleh keputusan yang memberangsangkan, anda layak untuk melompat terus dari Ijazah Sarjana Muda terus ke PhD (tanpa memerlukan Ijazah Sarjana). Syaratnya adalah:

  • Pelajar luar dari UTM, CGPA semasa pra-siswazah mestilah 3.7 ke atas.
  • Pelajar UTM,CGPA semasa pra-siswazah mestilah 3.5 ke atas. Tetapi, ada sesetengah fakulti (FPPSM dan FP misalnya) menetapkan syarat tambahan iaitu pelajar haruslah memperoleh 1st Class (CGPA 3.67 ke atas)

Mod Pembelajaran

Sebenarnya kalau sambung belajar ke pringkat Sarjana atau Master biasanya ada 3 mod pembelajaran:

  • Mod kerja kursus sepenuhnya – Full coursework (Taught course)
  • Mod Campuran – Mix Mode (Taught course + research)
  • Mod Penyelidikan sepenuhnya (Full research)

Mod kerja kursus sepenuhnya

Pelajar mengikuti pembelajaran (kuliah) seperti biasa. Biasanya anda perlu memilih X bidang dari Y bidang (atau major) yang disediakan. Bagi setiap bidang, anda perlu memilih sekurang-kurangnye 1 subjek elektif yang disediakan. Pendek kata, anda yang tentukan bidang yang ingin diikuti. Sebagai contoh, bagi anda yang berminat untuk menyambung pelajarang dalam bidang Sarjana Teknologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM, terdapat 3 bidang utama yang disediakan untuk pilihan anda dengan pilihan subjek yang selari dengan keperluan semasa iaitu:

  • Major Pembangunan Multimedia – anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi multimedia ataupun laman web interaktif
  • Major Media Digital – Anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan penerbitan video dan animasi ataupun teknologi grafik termasuklah fotografi digital
  • Major Pengurusan Sumber dan Rangkaian – Anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan pengurusan sumber maklumat dan juga pengurusan sistem rangkaian

Anda dikehendaki memilih mana-mana satu subjek elektif dari setiap bidang yang disediakan. Selain itu, anda juga dikehendaki mengambil beberapa subjek wajib program serta beberapa subjek wajib Fakulti dan juga Univeristi.

Mod Campuran atau Mix – Mode (Taugh Course and Research)

Bagi pelajar yang tidak mahu atau merasakan tidak sempat untuk mengikuti kuliah yang banyak (posting di lokasi yang jauh dari kampus misalnya kelak, bagi yang berhasrat untuk meneruskan pengajian secara separuh masa), pilihan mix-mode ini mungkin lebih baik untuk anda. Untuk mod pembelajaran ini, pelajar ini perlu memilih salah satu bidang utama program seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini dengan minimum mana-mana 1 subjek mengikut keperluan masing-masing

Seterusnya, pelajar dikehendaki membuat penyelidikan juga selama 2 semester (minimum). Pada semester pertama penyelidikan dijalankan, anda diperlukan menyiapkan 3 bab penulisan (ataupun komponen-komponen utama daripada 3 bab tersebut dan menghasilkan satu proposal penyelidikan tersebut untuk dinilai oleh 2 pensyarah penilai.

Mod Penyelidikan Sepenuhnya 

Hmmm… tak perlu ceritalah. Namanya sendiri telah melambangkan apa yang perlu anda buat,tak perlu buat apa-apa keslas (kecuali kursus pendek penyelidikan dan kelas wajib Universiti). Seterusnya buat sahaja researche sampai muntah biru warna pelangi. Seperti juga mod campuran, terdapat dua kali pembentangan…iaitu pembentangan proposal dan pembentangan akhir (viva) yang akan dinilai oleh dua orang pensyarah penilai.

Ringkasnya..kalau ambil taught course…gi kelas jer macam undergraduate. Lepas tu buat basic research – lebih kurang seperti PSM. Kalau ambil Mixed-mode pula…ambil kelas juga..tapi tak banyak. lepas tu buat research yang besar sikit. Kalau ambil Full research..tak perlu gi kelas..buat research jer. Kalau gi kelas pun, kelas wajib Universiti atau fakulti jer.

Kalau takut tengah sambung tiba2 kena posting…kita masih dibolehkan menukar mod pembelajaran supaya kita masih boleh posting dan dalam masa yang sama masih boleh meneruskan pengajian…kalau posting di sekitar tempat belajarlah. Kalau UTM misalnya…posting sekitar Johor.

Tiada masa untuk ke kuliah??

Kebanyakan kuliah untuk program Sarjana di Fakulti Pendidikan UTM diadakan di sebelah petang iaitu pada jam 4.00PM sehingga 7.00PM. Jadi kepada yang bekerja sebagai guru yang mengajar di sebelah pagi, anda boleh mengikuti sesi kuliah di sebelah petang tersebut.

Kursus apa yang perlu diambil?

Adalah digalakkan kita sambung dalam bidang yang selari atau penambahan dengan bidang semasa undergraduate kita. Katakanlah semasa undergraduate kita kursus Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik), maka bermakna kita boleh kembangkan dalam salah satu bidang tersebut. sama ada :

  • master dalam bidang pendidikan (misalnya; pengurusan, psikologi dan sebagainya)
  • master dalam bidang pendidikan fizik
  • master dalam bidang fizik
  • master dalam bidang IT & Multimedia (Educational Technology) – paling best..hee hee

Kalau cadangnya nak sambung belajar di Fakulti Pendidikan, UTM..boleh tengok senarai kursus lengkap yang ditawarkan di sini ya:

Boleh tak ambil master yang tiada kaitan dengan Pendidikan ??

Boleh tak ambil master yang bukan pendidikan….?? Boleh..no problem..tapi sebaiknya biarlah ada kaitan sikit dengan bidang tersebut. Tidaklah berbeza sepenuhnya sangat kerana tujuan sambung belajar ke peringkat master atau PhD ialah untuk menjadikan kita pakar dalam bidang kita. Contohnya, sekiranya semasa undergrad bidang kita Sains…tak salah kalau semasa master kita sambung bidang Educational Technology kalau kita minat IT..dan kita kembangkan kajian ke arah IT dan multimedia dalam bidang ilmu Sains.

Begitu juga kalau masa undergrad kita bidang Pendidikan Kimia dan Komputer,  semasa master kita sambung bidang Pengurusan & Pentadbiran dalam Pendidikan…sebab kita suka sangat mengurus dan mentadbir orang. Mana tahu senang sikit nak jadi Pengetua nanti. Atau..kita malas nak posting..dan kita sasarkan selepas selesai Master kita ingin memohon untuk menjadi pensyarah..maka sambunglah bidang yang membolehkan kita menjadi Pensyarah dalam bidang yang diingini.

Seperkara lagi yang perlu difikirkan sekiranya kita berhasrat untuk bertukar bidang sepenuhnya, ada kemungkinan kita perlu mengambil subjek tambahan yang diperlukan..maka mungkin lambatlah sikit gradnya nanti. Tapi..ringkasnya tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Sumber: Digital Rojak

KOMEN ANDA

2 Komen

  1. Ir Dino

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL